Selasa, 29 Mac 2011

banyak jalan untuk melakukan kebaikan

banyak jalan-jalan kebaikan
Al-Imām al-Nawāwī telah mengadakan di dalam kitabnya Riyād al-Sālihīn satu bab yang bertajuk:
باب في بَيان كثرةِ طرق الخير
Yang bermaksud: Bab Penjelasan Betapa Banyaknya Jalan Kebaikan.

Di bawah dinukilkan intipati bab ini, sila rujuk kitab asal atau terjemahannya supaya lebih jelas 
  1. Menghalang diri dari melakukan kejahatan, ini dianggap sebagai sedekah terhadap diri sendi
  2. Setiap tasbīh adalah sedekah, setiap tahmīd adalah sedekah, setiap tahlīl adalah sedekah, setiap takbīr adalah sedekah, amr bi al-ma‘rūf juga adalah sedekah dan nahy ‘an al-munkar juga adalah sedekah. 
  3. Membuang benda yang menyakiti dari jalan, seperti sampah dll. 
  4. Bermanis muka sesama saudara. 
  5. Membuat keputusan adil, menolong seseorang naik ke atas kenderaan dan menghulurkan barang kepadanya, kata-kata yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang dilangkahi untuk ke masjid, membuang benda yang menyakitkan dari tengah jalan, beristighfar, membuang batu, duri atau tulang dari tempat lalu lalang orang ramai. 
  6. Bersedekah walau pun sekadar kuku kambing. 
  7. Ada dimuatkan juga kesah orang yang memberi minum anjing yang kehausan.
  8.  Berwuduk ketika kepayahan, membanyakkan langkah ke masjid, menunggu solat.
  9. Menjaga solat subuh dan asar.
  10. Setiap perbuatan baik adalah sedekah.
  11. Tanaman yang ditanam, segala apa yang dimakan dari tanaman itu dianggap sedekah dan orang yang menanamnya akan mendapat pahala, bahkan yang dicuri pun dianggap sedekah, juga yang dimakan oleh burung dan lain-lain binatang.
  12. Meminjamkan binatang kepada seseorang (org. miskin umpamanya) untuk diambil hasilnya (seperti susu dan lain-lain) dan dipulangkan semula.
  13. Hindarilah neraka walau dengan sebelah buah tamar sekali pun.
  14. Bersyukur dan memuji Allāh sesudah makan dan minum.
  15. Menolong orang yang dalam kesusahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan