Jumaat, 1 April 2011

menghindari yang haram lebih penting berbanding membanyakkan amalan sunat

hindari yang haram
باب مَنِ اتَّقَى الْمَحَارِمَ فَهُوَ أَعْبَدُ النَّاسِ
Bab Berkenaan Sesiapa Yang Menghindari Yang Haram, Dialah Yang Paling Teguh Beribadat

Dari Abu Hurayrah raḍiyallāhu ʿanhu, kata beliau: Telah bersabda Rasūlullāh ṣallallāhu ʿalayhi wa sallam:

مَنْ يَّأْخُذُ عَنِّى هَؤُلاَءِ الْكَلِمَاتِ فَيَعْمَلُ بِهِنَّ أَوْ يُعَلِّمُ مَنْ يَّعْمَلُ بِهِنَّ؟
Siapakah yang ingin mengambil dariku kalimat-kalimat ini lalu beramal dengannya atau menyampaikannya kepada sesiap yang ingin beramal dengannya? Kata Abu Hurayrah raḍiyallāhu ʿanhu:
Aku telah berkata kepada Rasūlullāh: Aku, wahai Rasūlullāh. Lalu Rasūlullāh ṣallallāhu ʿalayhi wa sallam telah memegang tanganku lalu telah menyebut satu persatu lima perkara ini, sabda Baginda:

اِتَّقِ الْمَحَارِمَ؛ تَكُنْ أَعْبَدَ النَّاسِ
Hindarilah yang haram, engkau akan menjadi seorang yang paling beribadat

وَارْضَ بَمَا قَسَمَ اللهُ لَكَ؛ تَكُنْ أَغْنَى النَّاسِ
Redalah dengan rezki yang Allāh bahagikan, engkau akan menjadi manusia yang paling kaya.

وَأَحْسِنْ إِلَى جَارِكَ؛ تَكُنْ مُؤْمِنًا
Berbuat baiklah kepada tetanggamu, engkau akan menjadi seorang beriman.

وَأَحِبَّ لِلنَّاسِ مَا تُحِبُّ لِنَفْسِكَ؛ تَكُنْ مُسْلِمًا
Sukailah bagi orang ramai apa yang engkau sukai untuk dirimu sendiri, engkau akan menjadi seorang Islām.

وَلاَ تُكْثِرِ الضِّحْكَ؛ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضِّحْكِ تُمِيْتُ الْقَلْبَ
Jangan banyak ketawa, kerana itu akan mematikan hati.

Huraian: Seorang yang menghindari yang haram, bererti dia menunaikan yang fardu. Umpamanya meninggalkan ṣolāt adalah haram, jadi meninggalkan yang haram dalam hal ini bererti manunaikan solat. Dengan meninggalkan yang haram, buku catatan seseorang itu akan kosong dari beban dosa yang menyebabkan sedikit amalan sunat pun dianggap banyak dan bertambah keberkatan dan seterusnya menjadi dari kalangan seorang yang banyak ibadatnya. Ini berbeza dengan seorang yang bergelumang dengan dosa, amalan baiknya kadangkala hanya menjadi kaffarah dosa sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan