Rabu, 11 Disember 2013

TUJUH AMALAN YANG MEMBOLEHKAN SESEORANG MENDAPAT HUSNUL KHATIMAH

AMALAN PERTAMA

Membaca doa ini dengan sesungguh hati setiap kali selepas sembahyang:
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً
إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّاب
(Wahai tuhan kami, jangan Engkau palingkan hati kami sesudah Engkau memberi kami petunjuk dan anegerahkan untuk kami rahmat dari sisiMu. sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi anugerah. [Surah Al ‘Imran, ayat: 8]
Doa ini adalah doa yang telah Allah sendiri menganjurkan orang beriman untuk membacanya. Jika lafaz suatu permohonan dikarang sendiri oleh orang yang menerima permohonan, maka permohonan orang yang memohon menggunakan ayat-ayat itu pasti akan diterima oleh yang menerima permohonan.

AMALAN KEDUA

Baca doa di bawah dengan istiqamah:
يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.
(Wahai zat Yang Maha Hidup dan zat Yang Mendirikan Sekeliannya dengan qudratNya, dengan rahmatMu aku meminta pertolongan)
Daripada Anas r.h, sesungguhnya apabila suatu perkara merunsingkan Baginda, Baginda akan membaca doa ini. (HR al-Tarmidhi)

AMALAN KETIGA

Istiqamah mengamalkan miswak.
Kata sebahagian ulama: Sebahagian daripada faedah miswak ialah seseorang akan mengingati kalimah syahadat ketika meninggal. Di dakam hatidh disebut bahawa bermiswak mensucikan mulut dan menyebab rabb redha.

AMALAN KEEMPAT

Bersyukur di atas nikmat iman. Dengan bersyukur suatu nikmat itu akan bertambah. Lihat ayat 7 Surah Ibrahim. Di antara apa yang boleh dibaca untuk tujuan ini ialah doa:
اَللهُمَّ أَعِنِّيْ عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Ya Allah, bantulah aku untuk mengingatiMu, mendyukuriMu dan melakukan ibadat dengan sebaiknya untukMu.

AMALAN KELIMA

Menjaga mata dan tidak melihat maksiat. Di dalam sebuah hadith ada disebut: Bahawa pandangan mata adalah salah satu panah sayitan yang beracum dan sesiapa yang meninggalkan melihat sesuatu yang tidak diharuskan, maka Allah akan menukarkan untuknya kemanisan iman yang dia akan dapat merasainya di dalam hatinya. (HR al-Tabarani daripada Ibn Mas’ud)
Mulla Ali al-Qari berkata bahawa apabila kemanisan iman telah masuk di dalam a]hati seseorang, maka ia tidak akan terkeluar semula. (al-Mirqat)

AMALAN KEENAM

Membaca doa selepas azan. Di dalam Sahih al-Bukhari ada sebuah hadith bahawa sesiapa yang membaca doa ini (doa selepas azan) wajib syafaat Baginda untuknya. Kata Mulla ‘Ali al-Qari: Di dalam hadith ini terdapat berita gembira (basyarah) buat orang itu bahawa dia akan mendapat husnul khatimah, kerana syafaat Baginda saw hanya khusus untuk orang-orang beriman sahaja.

AMALAN KETUJUH

Sentiasa mendampingi ahlullah (orang yang hampir dengan Allah) Ada sebuah hadith yang menyebut bahawa orang yang datang sekejap di dalam majllis zikir pun akan mendapat pengampunan Allah dan sabda Nabi saw berkenaan ahli majlis zikir: Mereka adalah golongan yang orang yang duduk-dukuk bersama mereka pun tidak akan manjadi seorang yang celaka.

bagaimana_mendapat_husnul_khatima

Jumaat, 26 Julai 2013

Amalan Yang Perlu Diperbanyakkan Ketika Berpuasa


Apa Yang Perlu Kita Lakukan Ketika Berpuasa?


Banyak membaca al-Quran

Wujud kaitan rapat bulan di antara Ramadan dengan al-Quran kerana al-Quran diturunkan di dalam bulan Ramadan. [Surah al-Baqarah, ayat: 185]
Nabi saw membuat sekali ulangan al-Quran bersama malaykit Jibril as pada tiap-tiap bulan Ramadan dan melakukan dua ulangan pada Ramadan terakhir Baginda. [HR al-Bukhari dan Muslim daripada Aisyah r.ha]

Banyakkan ibadat seperti sembahyang-sembahyang sunat dan zikir.

Kata ‘Aisyah r.ha: Baginda memperbanyakkan usaha (beribadat) pada bulan Ramadan lebih daripada ibadat di dalam bulan-bulan yang lain dan menambah lagi ibadat di dalam sepuluh hari terakhir berbanding bahagian lain di dalam bulan Ramadan. [HR Muslim daripada ‘Aisyah r.ha]

Banyak bersedekah

Maksud sebuah hadith: Nabi saw adalah seorang yang pemurah dan kemurahan hati Baginda akan bertambah di dalam bulan Ramadan ketika Jibril as menemui Baginda untuk bertadarus al-Quran. [Hadith muttafaq ‘alayh]

Memberi makanan berbuka puasa

Sesiapa yang memberi makanan berbuka puasa kepada orang yang berpuasa, maka untuknya pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan pahalanya sedikit pun. [HR al-Tarmidhi]

Menghindarkan diri daripada dosa

Sabda Nabi saw:
Siapa yang tidak meninggalkan percakapan dusta dan beramal dengannya,maka tidak ada keperluan bagi Allah untuk dia meninggalkan makan dan minum. [HR al-Bukhari]
Yakni nilai puasa adalah dengan meninggalkan maksiat. Kerana inilah simbolik di sebalik kita meninggalkan makan minum yang merupakan perkara asas di dalam kehidupan dunia ini walupun ia adalah halal di dalam bulan-bulan yang lain. Apatah lagi untuk melakukan perkara yang sememangnya haram di sepanjang masa.

Rabu, 1 Mei 2013

Ilmu Yang Hakiki


Di bawah adalah petikan bayan Maulana Muhammad 'Umar Palanpuri rahimahullah ta'ala

Kata Mawlānā Ilyās: Umat tidak dapat bersatu, termasuklah di dalam ilmu agama, tidak juga di dalam berzikir, melainkan dengan mengikuti jalan Baginda Nabī ṣallallāhu ʿalayhi wa sallam. Ini kerana kedapatan sekarang ini, ahli zikir yang mencela ahli ilmu dan ahli ilmu yang mencela ahli zikir. Ini berlaku kerana semua golongan ini tidak mengambil permasalahan berkaitan bidang masing-masing daripada Nabī ṣallallāhu ʿalayhi wa sallam.
Para ṣaḥābat mempelajari dan menimba ilmu mengikut kadar keperluan mereka. Kita dapat melihat yang Rasūlullāh ṣallallāhu ʿalayhi wa sallam tidak pun bersabda kepada mereka: Kamu semua sibuk dengan perniagaan dan pekerjaan, jadi hantar sahaja anak-anak kamu kepada aku untuk mempelajari agama. Allāh pun tidak berfirman: Wahai anak-anak kecil. Bahkan yang Allāh firmankan adalah:
(Wahai orang-orang yang telah beriman)
Untuk anak-anak kecil pula, maka tanggungjawab mengajar agama kepada mereka adalah terbeban ke atas bahu ibu bapa. Sabda Baginda ṣallallāhu ʿalayhi wa sallam:
كُلُّكُمْ رَاعٍ ، وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ
Setiap daripada kamu adalah penjaga dan setiap daripada kamu akan disoal tentang jagaannya.
Semua Nabī-Nabī ʿalayhimussalām mengajar orang-orang dewasa. Tetapi, oleh kerana kesibukan kita dengan dunia, kita tidak mempunyai waktu untuk mengajar agama kepada anak-anak kita sehingga kita terpaksa mengupah orang lain untuk mengajar agama kepada mereka. Yang anak pula mempelajari hanya lafaz al-Qurʾān dan bukan hakikat al-Qurʾān. Kerana proses pengajaran ini adalah dengan upah dan imbuhan, jadi tidak ada bezanya sama ada anak-anak ini mengamalkan apa yang dipelajari atau tidak.
Di samping itu, orang-orang yang mengajar al-Qurʾān ini, secara tidak lansung mengajar juga pemiikiran mereka dan mencorak kehidupan para pelajarnya.
Kepercayaan orang dewasa pun telah rosak. Jadi, apakah mungkin, anak anak kecil yang mempelajari lafaz al-Qurʾān ini mampu mengubah kehidupan orang-orang dewasa ini? Tentu tidak!
Ini kerana, lebih tinggi daripada kanak-kanak adalah ʿulamāʾ, di atas ʿulamāʾ adalah peniaga, lebih tinggi daripada mereka adalah syarikat dan syarikat pula dikuasai oleh kebatilan. Kerana inilah suasana telah menjadi rosak, begitu juga akhlak.
Akan tetapi, jika kita mengikuti Rasūlullāh ṣallallāhu ʿalayhi wa sallam di dalam setiap perkara, umpamanya seperti yang dilakukan oleh Nabī ṣallallāhu ʿalayhi wa sallam dalam hal ini; Baginda sendiri telah mengajar para ṣaḥābat. Begitu juga semua Nabī-Nabī yang lain, telah berusaha ke atas orang dewasa. Juga, Baginda ṣallallāhu ʿalayhi wa sallam telah mengajar para ṣaḥābat, semuanya secara amali, menerusi perbuatan dan perkataan.
Akan tetapi, kita pada hari ini terlalu tamak dan terlalu tertumpu kepada dunia, padahal kita wajib mengikuti cara hidup Baginda ṣallallāhu ʿalayhi wa sallam. Taqwa tiada pada diri kita, cinta kepada Allāh masih tidak menjadi yang paling tinggi di atas segala sesuatu.
Jika kita ditanya: Mengapakah kamu mendidik anak-anak dan memberi mereka pelajaran agama? Kita akan menjawab bahawa ini adalah tuntutan agama Islām. Akan tetapi, pendidikan terhadap anak-anak tidak mengikuti tartib Nabī ṣallallāhu ʿalayhi wa sallam. Kita menikahkan mereka pun tidak mengikut cara Nabī ṣallallāhu ʿalayhi wa sallam dan kalaupun dia membaca al-Qurʾān siang dan malam, kehidupannya tidak teriṣlāḥ. Kalaupun dia berzikir berjuta-juta kali sekalipun, kehidupannya tidak juga manjadi betul. Tampang dan pakaiannya elok, akan tetapi hati mereka seperti serigala.
Tetapi jika kita bangun menunaikan tanggungjawab terhadap usaha agama dengan segala syarat-syarat dan tartibnya, maka dengan izin Allāh, Allāh akan memperelokkan amalan dan akhlak kita.
Seterusnya, bagaimanakah kita hendak mendidik anak-anak kita? Sebelum terlibat dengan usaha dakwah mungkin kita tidak lansung berfikir tentang anak-anak. Sebaliknya, mungkin kita memberi mereka pelajaran dengan fikir dunia. Akan tetapi, berkat usaha dakwah, kita dapat memberi tumpuan kepada Allāh dan kita memberi mereka pelajaran secara yang betul dan ini membawa kepada betulnya perjalanan hidup dan perjalanan hidup mereka akan menjadi bertepatan dengan tuntutan ilmu.
Yang terbaik adalah kita mengajar agama kepada anak-anak kita di rumah walaupun sedikit dan janganlah kita merasa cukup dengan apa yang diajar di madrasah dan sekolah-sekolah agama. Ini kerana cara para ṣaḥābat menimba ilmu adalah mereka mendapatkannya sedikit demi sedikit, takah demi takah. Abū Bakr raḍiyallāhu ʿanhu telah belajar daripada Nabī ṣallallāhu ʿalayhi wa sallam sehingga beliau mengetahui tatacara sembahyang dan cara Baginda berurusan dengan manusia. perkataan Nabī ṣallallāhu ʿalayhi wa sallam telah terpasak kukuh di dalam hati beliau sehinggakan selepas kewafatan Baginda beliau telah menungungkapkan kata-kata beliau:
أَيَنْقُصُ الدِّينُ وأنا حَيّ ؟
Apakah ugama berkurangan dalam pada aku masih hidup?
Ada lima perbezaan di antara kita dan para sahabat di dalam menuntut ilmu.
Pertama: di hati mereka ada yakin terhadap ilmu agama dan di dalam hati kita tidak ada keyakinan yang sempurna tentangnya.
Kedua: mereka mengusahakan tiga perkara: iman, ilmu dan amalan. Dalam pada usaha kita pada hari ini terhad kepada penghasilan ilmu sahaja. Sangat sedikit yang berfikir untuk beramal. Berkenaan iman pula, maka setiap daripada kita berpuas hati dengan iman yang ada pada dirinya, kecuali segelintir yang dirahmati oleh Allāh.
Ketiga: ilmu mereka wujud pada setiap cabang kehidupan dan wujud pada kesemua umat. Di dalam lingkungan kita pula, ilmu hanya wujud pada golongan tertentu sahaja dan orang-orang Islām selebihnya tidak merasakan ada keperluan untuk mereka menghasilkan ilmu agama. Ahli ilmu juga tidak merasakan keperluan untuk pergi kepada orang ramai untuk mengajar mereka agama, atau menyedarkan mereka tentang betapa perlunya mereka kepada agama dan ilmu agama.
Keempat: mafhum al-Qurʾān dan ḥadīth yang tepat ada pada mereka dan kefahaman kita terhadap al-Qurʾān dan ḥadīth adalah tidak tepat. Umpamanya, kefahaman mereka adalah setiap mereka yang mengetahui satu ayat adalah bertanggungjawab untuk untuk mendakwahkan ayat itu kerana Baginda ṣallallāhu ʿalayhi wa sallam telah bersabda:
بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً
Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat.
Dalam pada kefahaman kita adalah dakwah hanya perlu dilaksanakan jika kita mengetahui semua bahagian ilmu yang halus dan rumit.
Begitu juga kefahaman mereka terhadap ḥadīth:
خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ
Sebaik-baik di antara kamu ialah mereka yang mempelajari al-Qurʾān dan mengajarnya.
adalah tepat. Mereka faham menerusi ḥadīth ini walaupun jika seseorang mengetahui satu ayat, maka dia dapat menjadi yang terbaik jika dia mengajarkannya kepada orang lain. Kefahaman kita pula adalah kita perlu menghafal keseluruhan al-Qurʾān dahulu, barulah kita boleh mengajarnya.
Begitu juga mafhum perkataan ‘jihād’. Mafhum jihād di sisi mereka adalah dakwah manusia kepada Allāh dan mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya. Mereka menganggap jihād tanpa dakwah adalah seperti sembahyang tanpa wuduk. Mereka menganggap yang jihād menggunakan pedang adalah keperluan ketika terdesak dan cuma sebagai jalan penyelesaian yang terakhir untuk menegakkan agama di mana-mana tempat. Mereka tidak memerangi mana-mana bangsa melainkan sesudah mendakwah mereka selama tiga hari untuk beriman kepada Allāh. Mereka akan membentang dan mengemukakan (kelebihan) agama Islām. Jika penduduk di mana-mana tempat enggan, maka mereka mengajukan jizyah dan jika ini pun tida diterima, barulah mereka ini akan diperangi sehingga Allāh membuka jalan kepada para ṣaḥābat untuk memasuki negeri itu.
Sesudah itu, mereka akan menerapkan agama dan meneguhkan rukun-rukun agama di situ. Para ṣaḥābatlah yang akan mengajar agama kepada penduduk negeri itu. Itu pun sesudah mereka mewujudkan suasana Islām yang sebenar yang menyebabkan orang-orang yang memasuki negeri itu secara amalinya akan terkesan dengan suasana itu.
Kita pula pada hari ini menganggap jihād adalah peperangan dan senjata. Dalam pada Islām tiada pada diri kita, tiada di dalam rumahtangga kita, juga tiada di dalam segala urusan kita yang lain dan tiada pada perniagaan kita. Pun begitu, kita masih lagi ingin memerangi musuh tanpa menyeru mereka kepada Allāh dan tanpa mengikuti tatacara yang telah ditunjukkan oleh Rasūlullāh ṣallallāhu ʿalayhi wa sallam.
Kelima: mereka menghasilkan ilmu dengan niat untuk mengajar dan menyebarkannya. Medan penyampaian ilmu pada pandangan adalah orang dewasa. Kerana di tangan orang dewasalah ada kemampuan untuk melaksanakan perubahan. Bila mereka mengetahui yang sekian-sekian perkara adalah perintah Allāh, maka mereka mampu untuk menerapkannya di rumah masing-masing, kerana merekalah ketua keluarga.
Ilmu pada lingkungan kita hanya ada pada anak-anak. Orang-orang tua tidak mengambil berat untuk mempelajari ilmu. Anak-anak tidak mempu untuk melakukan perubahan di dalam rumah. Orang-orang tua pula tidak faham agama dan akan menetangnya.
Di zaman para ṣaḥābat, ilmu diajar kerana Allāh taʿālā dan di zaman kita pula, ilmu diajar dengan imbuhan. Para ʿulamāʾ berlumba-lumba untuk membuat rakaman dan menerbitkan buku. Semuanya demi untuk memiliki kenderaan mewah dan tinggal di rumah yang tersergam indah. Medan utama ilmu adalah di dalam masjid dan ia dibawa ke rumah-rumah. Di zaman kita, ilmu hanya ada di madrasah. Masjid sunyi daripada ilmu, begitu juga rumah-rumah orang Islām, melainkan mereka yang dirahmati Allāh.

hakikat ilmuhakikat_ilmu

Selasa, 12 Mac 2013

RENUNGAN BUAT ORANG YANG BERNIAT UNTUK MEMBINA MASJID


 

Kepentingan Masjid

Kata Ibn ‘Abbas:
« اِلْمَسَاجِدُ بُيُوْتُ اللهِ فِي اْلأَرْضِ تُضِيْءُ لأَهْلِ السَّمَاءِ كَمَا تُضِيْءُ نُجُوْمُ السَّمَاءِ لأَهْلِ اْلأَرْضِ »
Masjid-masjid adalah rumah Allah di muka bumi ini, ia bercahaya pada pandangan penduduk langit seperti bintang bercahaya pada pandangan penduduk bumi.
Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar:
أَنَّ رَجُلاَ سَأَلَ النَّبِيَّ - صلى الله عليه وسلم - أَيُّ الْبِقَاعِ خَيْرٌ ، وَأَيُّ الْبِقَاعِ شَرٌّ؟ قَالَ: خَيْرُ الْبِقَاعِ الْمَسَاجِدُ ، وَشَرُّ الْبِقَاعِ الأَسْوَاقُ
Seorang telah bertanya kepada Nabi sawww: Permukaan bumi manakan yang paling baik dan yang paling buruk? Jawab Baginda: Sebaik-baik bahagian di bumi adalah masjid dan seburuk-buruknya adalah pasar. (HR al-Tabarani di dalam al-Mu’jam al-Awsat)
Daripada Abu al-Darda’, sabda Nabi sawww:
اَلْمَسْجِدُ بَيْتُ كُلِّ تَقِيٍّ ، وَتَكَفَّلَ اللهُ لِمَنْ كَانَ الْمَسْجِدُ بَيْتَهُ بِالرَّوْحِ وَالرَّحْمَةِ وَالْجَوَازِ عَلَى الصِّرَاطِ إَلَى رِضْوَانِ اللهِ ، إِلَى الْجَنَّةِ
Masjid adalah rumah orang yang bertaqwa, Allah meberi jaminan terhadap seseorang yang masjidlah rumahnya (yakni banyak masanya dihabiskan di masjid) bahawa dia akan mendapat kerehatan, rahmat dan kelepasan ketika meniti titian sirat untuk pergi kepada rahmat Allah, iaitu ke syurga. (HR al-Tabarana dan al-Bazzar)

Jumaat, 30 November 2012

kenali diri anda

Kejahatan Nafsu


Mukadimah:


Barangkali kita selalu mendengar tentang jenis-jenis nafsu; iaitu:
  1. Nafs Ammarah أَمَّارَة (yang selalu menyuruh membuat kejahatan)
  1. Nafs Lawwamah لَوَّامَة  (Nafsu yang mencela diri jika telah melakukan kejahatan)
  1. Nafs Mutmainnah مُطْمَئِنَّة (nafsu yang tenang dengan perintah Allah).

Bukan huraian tentang jenis-jenis nafsu yang ingin dijelaskan di dalam posting ini. Sebaliknya ia lebih kepada menghuraikan ciri-ciri dan sifat-sifat nafsu itu sendiri. Dan tentunya sifat nafsu yang akan dijelaskan ini adalah sifat-sifat yang jahat. Inilah sifat yang perlu dijelaskan, supaya kita dapat menghindarinya.

Semua sifat nafsu yang bakal diperturunkan adalah sedutan daripada Kitab Adab al-Nufus

أدب النفوس
Semoga dapat dimenafaatkan. Amin.

Jumaat, 23 November 2012

kitab fara’id


Kitab berikut adalah kitab Ilmu Fara’id yg dipelajari di sini. Kitab ini bernama
خلاصة الكلام لمن يريد معرفة علم الفرائض من الأنام
karangan
الأستاذ العلامة الفقيه الشيخ فضل بن محمد بن عوض بافضل
التريمي الحضرمي الشافعي
Maahad akan menerbitkan kitab ini bersama nota kaki catatan pengarang sendiri. Dengan Allah Yang Maha Esa.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.
وبعد؛ فهذه رسالة في علم الفرائض على مذهب إمامنا الشافعي رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، جمعْتُها في غاية الإيجاز ليسهل حفظها للطالبين المبتدئين، وسمَّيْتُها (خلاصة الكلام لمن يريد معرفة علم الفرائض من الأنام) نفع الله بها، آمين.
وقد طبعها أولاً أحد الإخوان الموفقين جزاه الله خيرًا. ولما نفدت نسخها؛ طلب مني إعادة طبعها حبًّا لنشر العلم، فاقترح عليّ مَنْ لا مندوحة لي في مخالفته أن أزيد في هذه الطبعة الثانية ما كنْتُ تركْتُه اختصارًا في الطبعة الأولى من الأبواب التي يندر الاحتياج إليها كميراث الحمل وذوي الأرحام وغيرهما، فأجبْتُه إلى ذلك اغتنامًا لبركة إشارته ورجاءً لصالح دعواته، فجاءت الرسالة كاملة في جميع الفن بعون الله تعالى. وأسأله أن ينفعني وقُرَّاءَها بها، إنه سميع قريب.
علم الفرائض: فقه المواريث، وعلم الحساب الموصل إلى معرفة ما يخص كل ذي حق من التركة. التركة: ما خلفه الميت من مال أو حق، أو اختصاص.
الحقوق المتعلقة بالتركة خمسة مرتبة:
(الأول) الحق المتعلق بعين التركة. (الثاني) مؤن التجهيز بالمعروف. (الثالث) الديون المرسلة في الذمة. (الرابع) الوصايا بالثلث فما دونه لأجنبي. (الخامس) الإرث.
وللإرث: أركان، وشروط، وأسباب، وموانع.
أركان الإرث ثلاثة :وارث، ومورث، وحق موروث.
شروط الإرث ثلاثة: تحقق حياة الوارث، وتحقق موت المورث، والعلم بجهة الإرث.
أسباب الإرث ثلاثة: نسب، ونكاح، وولاء.
موانع الإرث ثلاثة: قتل، ورق، واختلاف دين.
*****
kitab fara'idkitab_faraid

Jumaat, 9 November 2012

Amalan Bulan Muharram


Amalan Pertama

Puasa Hari ‘Asyura’

Puasa pada Hari ‘Asyura’ di permulaan Islam adalah puasa yang wajib pada pendapat al-Imam Abu Hanifah. Ini juga adalah pendapat sebahagian ‘ulama’ Syafi‘iyyah.
عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ رضى الله عنها، قَالَتْ: كَانُوا يَصُومُونَ عَاشُورَاءَ قَبْلَ أَنْ يُفْرَضَ رَمَضَانُ، وَكَانَ يَوْمًا تُسْتَرُ فِيهِ الْكَعْبَةُ، فَلَمَّا فَرَضَ اللَّهُ رَمَضَانَ؛ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: مَنْ شَاءَ أَنْ يَصُومَهُ فَلْيَصُمْهُ، وَمَنْ شَاءَ أَنْ يَتْرُكَهُ فَلْيَتْرُكْهُ
Daripada ‘Urwah, daripada ‘A’isyah radiyallahu ‘anha: Adalah kaum muslinim berpuasa pada Hari ‘Asyura’ sebelum difardukan puasa Ramadan. Hari itu adalah hari yang Ka’bah dipakaikan kelambu dan adalah Baginda sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda (berkenaan puasa di hari itu): Sesiapa yang ingin berpuasa, maka berpuasalah dan sesiapa yang ingin meninggalkannya, maka tinggalkanlah ia. (HR al-Bukhari)
(Keterangan) Ungkapan “maka tinggalkanlah ia” dengan jelas menunjukkan bahawa puasa ini adalah sunat.
Riwayat Ibn ‘Umar:
صَامَ النَّبِىُّ صلى الله عليه وسلم عَاشُورَاءَ، وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ، فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانُ تُرِكَ
Baginda berpuasa pada Hari ‘Asyura’ dan memerintahkan (para sahabat) mengerjakannya dan apabila puasa Ramadan difardukan, maka ia telah ditinggalkan. (HR al-Bukhari)
(Keterangan) Maksud daripada ungkapan “maka ia ditinggalkan” ialah tidak lagi tuntutan yang kuat seperti sebelum itu.

Asal Usul Puasa Hari ‘Asyura’

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رضى الله عنهما، قَالَ: قَدِمَ النَّبِىُّ صلى الله عليه وسلم الْمَدِينَةَ، فَرَأَى الْيَهُودَ تَصُومُ يَوْمَ عَاشُورَاءَ، فَقَالَ: « مَا هَذَا ؟ » قَالُوا: هَذَا يَوْمٌ صَالِحٌ، هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللَّهُ بَنِى إِسْرَائِيلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ، فَصَامَهُ مُوسَى. قَالَ: « فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْكُمْ » فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ