Jumaat, 30 November 2012

kenali diri anda

Kejahatan Nafsu


Mukadimah:


Barangkali kita selalu mendengar tentang jenis-jenis nafsu; iaitu:
  1. Nafs Ammarah أَمَّارَة (yang selalu menyuruh membuat kejahatan)
  1. Nafs Lawwamah لَوَّامَة  (Nafsu yang mencela diri jika telah melakukan kejahatan)
  1. Nafs Mutmainnah مُطْمَئِنَّة (nafsu yang tenang dengan perintah Allah).

Bukan huraian tentang jenis-jenis nafsu yang ingin dijelaskan di dalam posting ini. Sebaliknya ia lebih kepada menghuraikan ciri-ciri dan sifat-sifat nafsu itu sendiri. Dan tentunya sifat nafsu yang akan dijelaskan ini adalah sifat-sifat yang jahat. Inilah sifat yang perlu dijelaskan, supaya kita dapat menghindarinya.

Semua sifat nafsu yang bakal diperturunkan adalah sedutan daripada Kitab Adab al-Nufus

أدب النفوس
Semoga dapat dimenafaatkan. Amin.


Sifat-sifat Nafsu Yang Jahat


  • ·         Cenderung mencintai dunia.
  •         Tidak meminati kehidupan dan kenikmatan akhirat.
  • ·         Menyukai sikap-sikap yang sememangnya kita sendiri mengetahui bahawa ia memudaratkan diri.
  • ·         Selesa dengan perkara yang dilarang Allah.
  • ·         Selalu bersedih jika dunia yang diharapkan terlepas dari genggaman.
  • ·         Tidak kesah walaupun terpaksa bersusahpayah untuk mendapatkan dunia. (Padahal sekelumit daripada kesusahan itu dianggap amat-amat susah jika ia berkaitan amalan agama)
  • ·         Berasa lega dengan kemalasan diri di dalam mengerjakan kebaikan.
  • ·         Merasa runsing untuk berbelanja di jalan ketaatan.
  • ·         Tidak yakin terhadap janji keampunan dan janji tentang limpahan kurnia Allah di dalam mentaatiNya.
  • ·         Yakin pula terhadap janji-janji makhluk.
  • ·         Tidak merasa apa-apa membuat makhluk berpuas hati, walaupun Allah murka. Tidak ambil peduli tentang perkara yang diredaiNya.
  • ·         Tidak terpanggil untuk bersabar ketika berdepan musibah. Padahal anjuran untuk bersabar ketika menghadapi musibah adalah satu bentuk takziah daripada Allah kepada umat manusia. Di sini tidak pula dia menerima ‘ucapan’ takziah Allah.
  • ·         Selalu berusaha untuk menyempurnakan janji kepada makhluk dan tidak peduli tentang janjinya kepada Allah.
  • ·         Meninggalkan maksiat kerana malu dilihat manusia. Tetapi tidak kesah malakukan maksiat walaupun sentiasa diperhatikan oleh Allah.
  • ·         Amat sedikit bersyukur kepada Allah di atas segala nikmat kurniaanNya yang tidak terhitung.
  • ·         Tidak malu menggunakan nikmatNya untuk melakukan maksiat.
  • ·         Senang duduk bersama orang-orang yang tidak beramal. Berasa berat untuk duduk bersama para ‘ulama’.
  • ·         Taat kepada makhluk yang bersifat khianat (syaitan dsb) dan engkar kepada mereka yang inginkan kebaikan untuknya (Allah, Rasul dan yang seumpama).
  • ·         Segera melakukan perkara yang diinginkan oleh diri dan berlengah-lengah untuk bertaubat.

Di antara perkara yang tersenarai (tentunya banyak lagi yang boleh disenaraikan) ada yang sememangnya disedari oleh kita dan banyak daripadanya yang kita tidak menyedarinya sebagai kejahatan nafsu. Semoga kita dapat mendidik nafsu dan membawanya terpimpin ke arah jalan Allah.

Kata Wahab bin Munabbih:

النفس كنفوس الدواب، والإيمان قائد، والعمل سائق، والنفس حرون، فإن فتر قائدها حرنت على سائقها، وإن فتر سائقها ضلت على الطريق

Nafsu adalah seperti binatang, iman adalah seperti pemacu dan amalan seperti penunggang. Nafsu adalah binatang yang tidak terkawal. Jadi, jika pemacunya lemah, ia akan menghumbankan orang yang menaikinya dan jika tiada yang menaiki dan mengawalnya, dia akan tersesat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan