Jumaat, 9 November 2012

Amalan Bulan Muharram


Amalan Pertama

Puasa Hari ‘Asyura’

Puasa pada Hari ‘Asyura’ di permulaan Islam adalah puasa yang wajib pada pendapat al-Imam Abu Hanifah. Ini juga adalah pendapat sebahagian ‘ulama’ Syafi‘iyyah.
عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ رضى الله عنها، قَالَتْ: كَانُوا يَصُومُونَ عَاشُورَاءَ قَبْلَ أَنْ يُفْرَضَ رَمَضَانُ، وَكَانَ يَوْمًا تُسْتَرُ فِيهِ الْكَعْبَةُ، فَلَمَّا فَرَضَ اللَّهُ رَمَضَانَ؛ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: مَنْ شَاءَ أَنْ يَصُومَهُ فَلْيَصُمْهُ، وَمَنْ شَاءَ أَنْ يَتْرُكَهُ فَلْيَتْرُكْهُ
Daripada ‘Urwah, daripada ‘A’isyah radiyallahu ‘anha: Adalah kaum muslinim berpuasa pada Hari ‘Asyura’ sebelum difardukan puasa Ramadan. Hari itu adalah hari yang Ka’bah dipakaikan kelambu dan adalah Baginda sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda (berkenaan puasa di hari itu): Sesiapa yang ingin berpuasa, maka berpuasalah dan sesiapa yang ingin meninggalkannya, maka tinggalkanlah ia. (HR al-Bukhari)
(Keterangan) Ungkapan “maka tinggalkanlah ia” dengan jelas menunjukkan bahawa puasa ini adalah sunat.
Riwayat Ibn ‘Umar:
صَامَ النَّبِىُّ صلى الله عليه وسلم عَاشُورَاءَ، وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ، فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانُ تُرِكَ
Baginda berpuasa pada Hari ‘Asyura’ dan memerintahkan (para sahabat) mengerjakannya dan apabila puasa Ramadan difardukan, maka ia telah ditinggalkan. (HR al-Bukhari)
(Keterangan) Maksud daripada ungkapan “maka ia ditinggalkan” ialah tidak lagi tuntutan yang kuat seperti sebelum itu.

Asal Usul Puasa Hari ‘Asyura’

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رضى الله عنهما، قَالَ: قَدِمَ النَّبِىُّ صلى الله عليه وسلم الْمَدِينَةَ، فَرَأَى الْيَهُودَ تَصُومُ يَوْمَ عَاشُورَاءَ، فَقَالَ: « مَا هَذَا ؟ » قَالُوا: هَذَا يَوْمٌ صَالِحٌ، هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللَّهُ بَنِى إِسْرَائِيلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ، فَصَامَهُ مُوسَى. قَالَ: « فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْكُمْ » فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ 
Daripada Ibn ‘Abbas radiyallahu ‘anhuma, kata beliau: (Apabila) Baginda  sallallahu ‘alayhi wa sallam sampai ke al-Madinah, Baginda telah melihat Kaum Yahudi berpuasa pada Hari ‘Asyura’, lalu Baginda bertanya: Puasa apakah ini? Jawab mereka: Ini adalah hari yang baik, ini adalah hari yang padanya Allah telah menyelamatkan Bani Isra'il daripada musuh mereka, lalu Baginda Musa ‘alayhissalam telah berpuasa pada hari ini. Sabda Baginda sallallahu ‘alayhi wa sallam: Aku adalah lebih berhak (untuk mengikuti) Musa ‘alayhissalam berbanding kamu, lalu Baginda telah mengerjakan puasa pada hari itu dan memerintahkan (para sahabat) untuk mengerjakannya.
عَنْ أَبِى مُوسَى رضى الله عنه، قَالَ: كَانَ يَوْمُ عَاشُورَاءَ تَعُدُّهُ الْيَهُودُ عِيدًا، قَالَ النَّبِىُّ صلى الله عليه وسلم: فَصُومُوهُ أَنْتُمْ
Daripada Abu Musa radiyallahu ‘anhu, katanya: Hari ‘Asyura’ adalah dianggap oleh Kaum Yahudi sebagai hari kebesaran, lalu Baginda sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Berpuasalah kamu pada hari itu. (HR al-Bukhari)

Baginda sallallahu ‘alayhi wa sallam Mengambil Berat  Tentang Berpuasa Di Hari ‘Asyura’

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رضى الله عنهما قَالَ: مَا رَأَيْتُ النَّبِىَّ صلى الله عليه وسلم يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ، إِلاَّ هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَهَذَا الشَّهْرَ، يَعْنِى شَهْرَ رَمَضَانَ
Daripada Ibn ‘Abbas radiyallahu ‘anhuma, kata beliau: Aku tidak melihat Baginda sallallahu ‘alayhi wa sallam memilih dan melebihkan mana-mana hari untuk berpuasa berbanding hari-hari lain selain puasa Hari ‘Asyura’ dan puasa di bulan ini, yakni bulan Ramadan. (HR al-Bukhari)

Kelebihan Berpuasa Di Hari ‘Asyura’

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رضى الله عنه، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ، وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ
Daripada Abu Hurayrah radiyallahu ‘anhu, katanya: Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam: Sebaik-baik puasa selepas puasa bulan Ramadan adalah berpuasa di bulan Allah, iaitu Bulan Muharram dan sebaik-baik sembahyang selepas sembahyang fardu adalah sembahyang malam (qiyamullayl). (HR Muslim)
عن أَبي قتادة رضي الله عنه: أنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم سُئِلَ عَنْ صِيامِ يَوْمِ عَاشُوراءَ، فَقَالَ: (يُكَفِّرُ السَّنَةَ المَاضِيَةَ)
Daripada Abu Qatadah radiyallahu ‘anhu, katanya: Sesungguhnya Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam telah ditanya tentang (kelebihan) berpuasa di Hari ‘Asyura’, jawab Baginda: Ia menjadi kaffarah (penebus) dosa tahun yang berlalu. (HR Muslim)
(Keterangan) Ada beberapa pendapat tentang maksud ‘tahun yang berlalu’. Pertama:
صِيَامُ كُلِّ يَوْمٍ مِنْ أَيَّامِ عَاشُوْرَاءَ كَصِيَامِ شَهْرٍ، وَصِيَامُ عَرْفَةَ كَصِيَامِ أَرْبَعَةَ عَشَرَ شَهْرًا
Berpuasa sehari pada Hari ‘Asyura’ adalah seperti berpuasa sebulan dan berpuasa di Hari ‘Arafah adalah seperti berpuasa empat bulan. (HR riwayat Ibn Zanjuwayh daripada Rasyid bin Ma‘bad secara mursal)

Adab Puasa Hari ‘Asyura’

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ رضى الله عنهما، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: لَئِنْ بَقِيتُ إِلَى قَابِلٍ لأَصُومَنَّ التَّاسِعَ
daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas radiyallahu ‘anhuma, katanya: Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alayhu wa sallam: Jika aku hidup sehingga tahun depan, maka akan aku berpuasa pada hari kesembilan. (HR Muslim)
(Keterangan) Hikmah berpuasa pada hari kesembilan ada dua: (1) Menyalahi puasa Kaum Yahudi, seperti di dalam hadith selepas ini. (2) Sebagai langkah berjaga-jaga, kalau-kalau berlaku kesilapan di dalam menentukan hari.
Kata Hafiz Ibn Hajar di dalam Fath al-Bari: Puasa hari ‘Asyura’ ada tiga tahap: (1) Puasa semata-mata pada hari kesepuluh (2) Berpuasa juga pada hari sembilan Muharram (3) Berpuasa Hari ‘Asyura’, juga sehari sebelumnya dan sehari selepasnya.
صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ صُومُوا قَبْلَهُ يَوْماً أَوْ بَعْدَهُ يَوْماً
Sabda Baginda SAW: Berpuasalah di Hari ‘Asyura’ dan lakukanlah ia berbeza daripada puasa Kaum Yahudi, iaitu berpuasalah sebelumnya sehari atau selepasnya sehari. (HR Ahmad)

Amalan Kedua

Menambah Perbelanjaan Untuk Ahli Keluarga

مَنْ وَسَّعَ عَلَى عِيَالِهِ فِىْ يَوْمِ عَاشُوْرَاءَ وَسَّعَ اللهُ عَلَيْهِ فِىْ سَنَتِهِ كُلِّهَا
Siapa yang melapangkan perbelanjaan untuk ahli keluarganya pada Hari ‘Asyura’, Allah akan memberi kelapangan kepadanya untuk sepanjang tahun. (HR Ibn Rahwayh, al-Tabarani dan al-Bayhaqi di dalam Syu‘ab daripada Abu Sa‘id, juga oleh Ibn ‘Adi, al-Bayhaqi dan Ibn Hibban daripada Ibn Mas‘ud)
Kata al-Mundhiri di dalam al-Targhib: Telah berkata al-Bayhaqi: Sanad hadith ini walaupun daif, tetapi jika digabung sebahagiannya kepada sebahagian yang lain, ia mendapat kekuatan. (Al-Targhib wa al-Tarhib)
Kata al-‘Iraqi: Hadith ini mempunyai beberapa jalan sanad yang sebahagiannya telah dinyatakan sebagai sahih dan sebahagiannya adalah mengikuti syarat al-Imam Muslim. (Mirqat al-Mafatih)
Kata Jabir radiyallahu ‘anhu: Kami telah mengujinya dan mendapatinya benar. Kata Ibn ‘Uyaynah: Kami telah mengujinya selama lima puluh atau enam puluh tahun. (Fayd al-Qadir)
(Perhatian) Tentang menentukan hari manakah yang sebenarnya Hari ‘Asyura’? Dalam hal ini Ibn ‘Abbas berpendapat yang Hari ‘Asyura’ adalah hari kesembilan bulan Muharram. Jumhur ‘ulama’ berpendapat bahawa hari ‘Asyura’ adalah hari kesepuluh.

(Peringatan) Selain dua amalan di atas, tiada apa-apa amalan khusus yang disunatkan untuk bulan Muharram. Di dalam sesetengan riwayat yang menyebut tentang sembahyang sunat di antara waktu Zuhur dengan Asar pada Hati ‘Asyura’ dengan cara tertentu adalah riwayat ‘maudu‘ (palsu). Begitu juga riwayat tentang mandi dan memakai celak pada sepuluh Muharram.
amalan di hari asyura 
puasa asyura

Tiada ulasan:

Catat Ulasan