Jumaat, 11 Mac 2011

12 sebab mengapa perlu bertaubat

12 Sebab Mengapa Perlu Taubat
1. Melakukan kesilapan adalah sifat semulajadi manusia. Firman Allāh:
Sesungguhnya Kami telah ajukan amanah ini kepada langit, bumi dan bukit bakau, lalu semuanya enggan untuk menanggungnya dan manusia pula memikulnya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat jahil sifatnya. (Sūrah al-Aḥzāb, ayat 72)
2. Semua anak Adam adalah pesalah. Sabda Nabī :
كُلُّ بَنِيْ آدَمَ خَطَّاءُوْنَ. وَخَيْرُ الْخَطَّائِيْنَ التَّوَّابُوْنَ.
Semua anak Adam adalah melakukan kesalahan dan sebaik-baik pesalah ialah merek yang bertaubat. (HR al-Tarmidhī)
3. Wajib menyegerakan taubat. (Wājib ‘alā al-fawr) Kata seorang penyair:
بادر بالتوبة في وقتها   *   فالمرء مرهون بما قد جناه
Segerakan taubat pada waktunya, sesungguhnya manusia itu tergantung pada apa yang telah dia tuai dan petik.

4. Rahmat Allāh mendahului kemurkaanNya. Firman Allāh:
Allāh telah mewajibkan atas diriNya untuk memberi rahmat, sesungguhnya sesiapa dari kalangan kamu yang mengerjakan kejahatan dengan kejahilannya dan seterusnya bertaubat selepas dari itu, maka Allāh (akan mengampuninya, kerana) Dia adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Sūrah al-An‘ām, ayat: 54)
5. Keampunan Allāh itu luas. Firman Allāh:
Katakanlah kepada hamba-hambaKu yang telah melampau terhadap diri masing-masing: “Jangan kamu putus asa dari rahmat Allāh, sesungguhnya Allāh mengampuni semua dosa (kecuali syirik) sesungguhnya Dialah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Sūrah al-Zumar, ayat 53)
6. Berputus asa dari rahmat Allāh adalah haram. Firman Allāh:
(Berkata Ya‘qūb kepada anak-anaknya: Jangan kamu semua putus asa dari rahmat Allāh, sesungguhnya tidaklah berputus asa dari rahmat Allāh kecuali kaum yang kafir sahaja. (Sūrah Yūsuf, ayat: 87)
7. Allāh kasih kepada hambaNya yang bertaubat. Firman Allāh:
Sesungguhnya Allāh kasih kepada mereka yang bertaubat dan menyukai mereka-mereka yang menyuci diri. (Sūrah al-Baqarah, ayat: 222)
8. Taubat itu sendiri adalah satu ibadat. Kata sebahagian ḥukamā’:
حرفة العارف ستة أشياء: إذا ذكر الله افتخر.. وإذ ذكر نفسه احتقر.. وإذا نظر في آيات الله اعتبر.. وإذا هم بمعصية أو شهوة انزجر.. وإذا ذكر عفو الله اسبشر.. وإذا ذكر ذنوبه استغفر
Kerja ‘ārif billāh (orang yang kenal Allāh) ialah: Bila mereka ingat kepada Allāh, mereka akan bangga, apabila mereka terkenang diri sendiri, mereka merasa hina, apabila mereka terniat untuk melakukan maksiat atau mengikuti hawa nafsu, mereka akan segera berhenti, apabila mereka melihat tanda-tanda (kebesaran) Allāh, mereka akan mengambil pengajaran, bila mereka teringat keampunan Allāh, mereka akan gembira dan apabila mereka teringat dosa, mereka terus beristighfar.
9. Taubat adalah penawar sifat takabur. Tidak akan masuk syurga sesiapa yang di dalam hatinya ada walau pun sebesar zarah sifat takabur. (Ḥadīth Nabī)
10. Taubat adalah petanda kita beriman dan kenal Allāh.
Orang beriman yang bertaubat adalah seorang yang paling kenal diri dan yang paling kenal Allāh. Ini kerana dia tahu dirinya lemah dan serba tidak sempurna dan dia juga tahu yang Allāh adalah zat yang Maha Pengampun dan mempunyai rahmat yang sangat luas. Ini akan menyebabkan dia tidak akan melakukan maksiat. Tetapi apabila dia terlanjur berdosa dia akan segera bertaubat dan meminta mapun kepada Allāh.
11. Berterusan melakukan dosa (engan bertaubat) menarik balasan dari Allāh. Firman Allāh:
Apa jua musibah yang menimpa kamu, maka ia adalah disebabkan dosa yang telah diusahakan oleh tangan-tangan kamu dan Allāh memaafkan banyak lagi.
12. Orang yang bertaubat adalah seperti orang yang tidak melakukan kesalahan.


التائب من الذنب كمن لا ذنب له
 Seorang yang bertaubat adalah seperti seorang yang tidak mempunyai dosa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan