Selasa, 29 Mac 2011

pembukuan hadith 40

pembukuan hadith 40Pembukuan Kitab-Kitab Hadith 40.
Kita tentu sudah biasa mendengar nama buku (kitab) hadith 40 karangan al-Imam al-Nawawi. Tapi barangkali sangat sikit dari kita yang mengetahui bahawa selain al-Imam al-Nawawi ramai lagi cendiakawan Islam, dahulu dan kini (dan selamanya) yang bergelar pengarang buku (kitab) hadith 40. Di sini disertakan senarai ringkas nama-nama mereka:
Nama-nama yang sebut sendiri oleh al-Imam al-Nawawi  pada mukadimah hadith 40 karangan beliau:
(1) Abdullah bin al-Mubarak (2) Muhammad bin Aslam al-Tusi (3) al-Hasan bin Sufyan al-Nasa'i (4) Abu Bakr al-Ajurri (5) Abu Bakr Muhammad bin Ibrahim al-Asfahani (6) al-Daruqutni (7) al-Hakim (8) Abu Nu'aim (9) Abu Abd. al-Rahman al-Sullami (10) al-Malini (11) Abu Uthman al-Sabuni (12) Abdullah bin Muhammad al-Ansari (13) al-Baihaqi.
Sebahagian dari nama yang disenaraikan oleh pengarang Kashf al-Zunun:
(1) al-Battal al-Yamani (2) Abu Bakr al-Kalabadhi (3)  Abu Bakr al-Jauzaqi (4) Abu Khair (5) Abu Sa'id al-Mahrani (6) Auqaji Zadah (7) Ibn al-Jazari (8) Ibn Hajar al-'Asqalani (9) Ibn Tulun (10) Ibn 'Asakir (11) Ibn al-Mujir (12) Ibrahim bin al-Hasan al-Maliki (13) Ahmad bin al-Harb al-Nisaburi.
Ada lebih dari 40 lagi nama yang telah disenaraikan oleh pengarang Kashf al-Zunun. Ini tentunya tidak termasuk 'ulama'-'ulama' yang terkemudian dari zaman pengarangan kitab ini. (beliau telah menyempurnakan penulisan kitab ini pada tahun 1062 Hijri)
 Ini juga tidak termasuk 'ulama' mutakhir yang menyertai senarai panjang ini, juga  dari kalangan 'ulama' nusantara, ada juga yang ikut serta di dalam senarai ini.
Jadi, jangan hairan jika tersua bermacam-macam hadith arba'in di dalam blog ini.
pembukuan al-arba'in


Tiada ulasan:

Catat Ulasan