Ahad, 10 Julai 2011

ku dambakan keampunan-mu


Perkara-Perkara Yang Menyebabkan Terampunnya Dosa
Berikut adalah senarai perkara-perkara yang menyebabkan terampunnya dosa. Senarai panjang ini diambil daripada kitab بشارة المحبوب بتكفير الذنوب (Basyārah al-Maḥbūb Bi Takfīr al-Dhunūb) (Berita Gembira Buat Tang Dikasihi Berkenaan Pengampunan Dosa-Dosa)
Yang dimuatkan ialah senarai perkara-perkara atau amalan-amalan yang menyebabkan terampun dosa sahaja matan hadith tidak dimuatkan. Cuma akan dimuatkan juga nama kitab rujukan bagi hadith-hadith ini. Ini untuk memudahkan sesiapa yang ingin merujuk sendiri kepada kitab-kitab asal.
·        Berwuḍū’ dengan sempurna. (HR al-Nasā’ī, Muslim dan lain-lain)
·        Salah satu kelebihan Ilmu dan ulamā’ ialah dosa merek diampunkan. (HR al-Ṭabarānī)
·        Juru azan. (HR Aḥmad, al-Bazzār, al-Nasā’ī dan Ibn Ḥibbān)
·        Seorang yang membaca doa di bawah ini selepas azan (HR Muslim dan al-Tirmidhī)
وَأَنَا أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إلهَ إلا الله وحده لا شريك له، وأن محمدا عبده ورسوله رضيت بالله ربا، وبالإسلام دينا، وبمحمد رسولا
·        Berjalan ke masjid untuk menunaikan ṣalāt. (HR al-Bukhārī dan Muslim)
·        Sesiapa yang berwudu seperti yang diperintahkan dan bersolat seperti yang diperintahkan, akan diampunkan segala amalan yang telah dia kerjakan. (HR al-Nasā’ī, Ibn Mājah dan Ibn Ḥibbān)
·        Sesiapa yang duduk berzikir di tempan solatnya sesudah solat Fajar sehingga dia bersolat dua rakaat solat Ḍuḥā dan tidak berkata-kata di antara keduanya melainkan pkebaikan, akan diampunkan segala dosanya, walau pun ia sebanya buih di lautan. (HR Aḥmad, Abū Dawūd dan Abū Yalā)
·        Mengucapkan tasbih dan takbir sebanyak seratus kali sesudah solat subuh, akan diampunkan dosanya walau pun sebanyak buih di lautan. (HR al-Nasā’ī)
·        Membaca surah al-Ikhlas sebanyak seratus kali sesudah solat Fajar sebelum berkata-kata. Dengan setiap sekali surah itu dibaca dosa satu tahun akan diampunkan. (HR Ibn Sunnī)
·        Sesiapa yang membaca:
لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك، وله الحمد، بيده الخير وهو على كل شيء قدير
selepas solat Subuh, akan diberi tujuh anugerah yang sehagiannya ialah: akan dicatatkan baginya sepuluh kebaikan, akan diampun sepuluh kesalahan dan akan ditinggikan sepuluh darjat.
Rasulullah mendoakan keampunan sebanyak tiga kali bagi mereka yang solat di saf hadapan dan sebanyak satu kali bagi yang solat di saf kedua. (HR Ibn Mājah dan dikatakan sebagai sahih oleh al-Ḥākim)
Malaikat mendoakan keampunan kepada mereka yang bersolat di saf pertama.
·        Malaikat mendoakan keampunan kepada mereka di bahagian kanan saf. (HR Aḥmad dan al-Ḥākim)
·        Sesiapa yang memenuhkan ruang kosong di dalam barisan saf sembahyang. (HR al-Bazzār)
·        Sesiapa yang membaca Istighfar di bawah sesudah solat Fajar dan Asar sebanyak tiga kali, akan diampunkan dosanya walau pun sebanyak buih lautan. (HR
استغفر الله الذي لا إله إلا هو الحي القيوم، وأتوب إليه
·        Sesiapa ynag ucapan aminnya bertepatan dengan ucapan malaikat. (HR al-Bukhārī)
·        Sesiapa yang bacaan
اللهم ربنا لك الحمد
Nya bertepatang dengan bacaan malaikat, segala dosanya yang terdahulu akan diampunkan. (HR al-Bukhārī)
·        Sentiasa menunaikan solat sunat empat rakaay sebelum solat Asar. (HR
·        Solat enam rakaat sesudah solat Mahgrib, dosa akan terampun walau pun sebanyak buih lautan. (HR al-Ṭabarānī di dalam kitab-kitab Mujamnya, hadith gharīb)
banyak cara untuk dosa terampun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan