Jumaat, 10 Jun 2011

perbezaan di antara solah mengadap Ka'bah dan menyembah berhala

beza solat mengadap qiblat dan menyembah berhala

Perbezaan Di Antara Menyembah Berhala Dengan Mengadap Qiblat Ketika Bersolat

Bagi orang Islam, mungkin kesemua penganutnya tidak nampak apa-apa persamaan di antara solat menghadap ke arah Ka’bah dan menyembah berhala. Ini kerana semua kita maklum bahawa yang disembah dan dipuja ketika solat adalah zat Yang Maha Esa empunya Ka’bah dan bukan Ka’bah itu sendiri.
Tapi sebagai menambah baṣīrah, dan sebagai persediaan jika tiba-tiba ada rakan bukan Islam yang menanyakan perkara ini, supaya kita tidak terkial-kial mencari jawapan, di bawah diberikan beberapa berbezaan asas di antara menyembah berhala dan solat ke arah Ka’bah.
Artikel ini adalah saduran dan ringkasan daripada kitab Qiblah Numā karangan Mawlānā Muḥammad Qāsim Nanutwī, pengasas Darul Uloom Doeband. Di permulaan kitab yang mempunyai l/kurang 400 halaman ini pengarang telah memuatkan beberapa jawapan yang telah beliau gelarkan sebagai Ilzāmī Jawābāt (tak pasti perkataan apa yang sesuai untuk menterjemahkan ungkapan ini, tapi rasanya maksudnya l/kurang ialah jawapan tangkisan dengan logic akal perbezaan di antara keduanya)  dari m/surat 99 hingga akhir kitab termuat jawaban secara taḥqīq. Sesiapa yang berminat boleh sahaja merujuk kepada kitab asal. (Kitab di dalam Bahasa Urdu)

Perbezaan Pertama
Perbezaan istilah. Menyembah berhala dikenali dan memang disebut menyembah berhala @ beribadat. Dalam pada solat ke arah Ka’bah diistilahkan sebagai Istiqbāl Qiblah (mengadap atau menghalakan wajah ke arah Ka’bah) amat besar perbezaan di antara menyembah sesuatu dan menghadap ke suatu arah.
Perbezaan Ke Dua
Umat Islam hanya diperintahkan mengadap kearah Qibat tanpa perlu meniatkannya, apatah lagi menyembahnya. Yang diperintahkan untuk diniatkan ialah niat menyembah Allāh. Ini berbeza dengan menyembah berhala. Yang mana memang berhalalah yang diniatkan untuk disembah.
Perbezaan Ke Tiga
Di sepanjang solat, dari mula hingga akhir, ungkapa puja dan puji hanya ditujukan kepada Allāh, tidak ada satu pun perkataan yang memberi pertunjuk bahawa Ka’bah yang dipuja. Ini tentunya berbeza dengan menyembah berhala, yang mana puja dan puji ditujukan kepada berhala itu sendiri.
Perbezaan Ke Empat
Di dalam syari’at Islam jika dinding-dinding Ka’bah runtuh sekali pun, kita masih diperintahkan untuk menghadap kearah yang sama. (Ini pernah berlaku di zaman pemerintahan ʿAbdullāh bi Zubayr, ketika beliau meruntuh dan membina semuala Ka’bah, solat pada hari-hari itu masih didirikan dan menghadap ke arah yang sama seperti sebelumnya)
Ini tentunya berbeza dengan menyembah berhala, jika berhala dialihkan dari suatu tempat, maka si penyembah tidak lagi menyembah menghadap ke situ.
Perbezaan Ke Lima
Ka’bah dinamakan oleh orang Islam sebagai Baytullāh (Rumah Allāh) dan bukan dinamakan sebagai Allāh. Jika seseorang pergi ke rumah seorang yang lain, maka yang diinginkan dari pemergian itu tentunya tuan punya rumah dan bukan rumah itu sendiri. Begitulah halnya dengan menghadap Ka’bah, yang ditujui ialah empunya rumah (Allāh)

Perbezaan Ke Enam
Bagi penganut agama Islam, zat yang layak disembah ialah zat yang wujudNya adalah hakiki, dan yang selain dariNya berhajat kepadanya. Dia yang di tanganNya segala menafaat dan mudarat. Zat yang mempunyai segala sifat kesempurnaan dan bebas dari segala kekurangan. Zat yang sedia ada dan berkekalan wujudNya dengan segala sifat kesempurnaan itu.
Jadi, tidak timbul apa-apa persoalan tentang solat mengadap Ka’bah. Ini kerana Ka’bah tidak berhak untuk disembah. Kerana yang berhak disembah hanyalah zat yang WājibulWujūd.
Bersambung…….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan