Jumaat, 22 April 2011

kepentingan beriman kepada hari kiamat

beriman kepada hari kiamatKepercayaan tetnang hari kiamat adalah salah satu kepercayaan yang wajib dianuti oleh semua orang Islam kerana kedudukannya sebagai rukun iman.
Sebagai satu rukun keparcayaan agama, kepentingannya memang tidak dapat dinafikan. Akan tetapi betapa pentingnya kepercayaan ini untuk diri manusia di dalam kehidupan dunia ini? Atau apakah hubungkait beriman dengan kehidupan akhirat dengan kehidupan di dunia ini?
Sebagai menjawab persoalan di atas, maka bolehlah kita dapat simpulkan dan tamsilkan kepercayaan tentang hari kiamat ini sebagai balsam musibah. Atau boleh juga kita menamakannya sebagai PENENANG SEGERA. Umpamanya seperti menyapu minyak cap kapak bila kita sakit kepala.
Apa yang telah disebut di atas, perlu kepada sedikit huraian dan contoh. Moga dengan ini kita dapat faham betapa pentingnya kepercayaan terhadap hari kiamat dalam kehidupan kita dan kepercayaan ini bukan semata-mata ikutan dan kepercayaan yang diwarisi sebagai rukun keimanan.
Saya lebih suka menghuraikan perkara ini dengan ungkapan berikut:
KALAU BUKAN KERANA ADANYA KIAMAT, MAKA MANUSIA ADALAH MAKHLUK YANG PALING MALANG YANG MENDIAMI MUKA BUMI INI.
Kaget dengan kenyataan ini?
Untuk memahaminya, perlu sedikit huraian dengan contoh dari kehidupan nyata kita:
Manusia, juga semua makhluk yang sama-sama berkongsi muka bumi ini, di dalam kelansungan hidup, mereka mempunyai keperluan-keperluan asas, seperti makanan, minuman, tempat tinggal dan teman hidup.
Berkenaan makanan dan minuman, (ingatkan juga ungkapan "hidup untuk makan dan makan untuk hidup" untuk menggambarkan betapa pentingnya makanan dan minuman dalam kehidupan manusia)
Kita (manusia) dan makhluk lain (binatang dsb) sama-sama makan, akan tetapi mereka (binatang) Allah telah legakan dari kerunsingan memikirkan tentang rezki hari esok. Lihat sahaja burung, keadaan mereka tepat seperti yang Nabi SAW sabdakan sebagai: (keluar di pagi hari dengan perut kosong dan pulang di petang hari dengan perut yang penuh) Bandingkan dengan manusia, manusia runsing memikirkan hari-hari yang mendatang. Betapa terbebannya manusia memikirkan yang bakal terjadi.  Bagaiman hari esok? Bagaimana kehidupanku sepuluh tahun lagi? dll.
Perhatikan juga apa yang dihadapi hari-hari oleh manusia. Lihat resahnya penjual air, ais dsb yang bila melihat mendung yang berpanjangan, si penoreh getah yang gelisah kerana hujan yang berlarutan berminggu-minggu, juga peniaga pasar malam atau pekansari yang melihat mendung awan dan banyak lagi contoh-contoh yang berada di sekeliling kita, bahkan yang kita sendiri hadapi.
Ini tidak termasuk persaingan di dalam bidang masing-masing di dlam mencari rezki, peniaga A bersaing dengan peniaga B, masing-masing berlumba-lumba meramaikan pelanggan. Akan tetapi di dalam keterbatasan pelanggan apa lagi yang dapat dilakukan oleh pengendali perniagaan yang kurang laris selain melihat dengan penuh jaki dan dengki kepada peniaga yang laris jualannya.
Ini sekadar contoh, bandingkan ia dengan bidang-bidang yang lain.
Pekerja yang berlumba-lumba untuk naik pangkat. Apakah semua yang bersungguh-sungguh menunjukkan komitmen kerja ini mendapat kenaikan pangkat? Hanya akan ada seorang sahaja yang akan menjadi "the best one" Yang lain? Telan air liur sahajalah melihat rakan sekerja yang barangkali tidak serajin kita, bahkan mungkin sahaja dia lebih junior dari kita, akan tetapi pandai mengambil hati @ kaki bodek yang mendapat kepercayaan bos untuk mengendali projek besar. Padahal kita yang lebih kreatif dan teramat-amat rajin berkerja hanya mendapat projek yang boleh kita sifatkan sebagai seciput sahaja.
Sekadar menyebut contoh, banyak lagi yang kita boleh lihat di dalam buku kehidupan. Tidak dinafikan bahawa binatang-binatang lain juga menghadapi persaingan dalan hal rezki, tetapi mereka telah Allah bebaskan dari rasa dengki dan yang seumpamanya. Persaingan di kalangan mereka dianggap tamat bila yang lebih kuat menguasai persaingan. (Bayangkan ayam berebut makan yang kita campak di belakang rumah)
Hal nikan kahwin, (yang telah saya sebut di atas sebagai pasangan hidup) Berapa ramai di antara kita yang mendapat pasangan hidup (suami atau isteri) yang betul-betul serba serbi sempurna? Yang cantik (atau kacak) paras rupanya, yang baik budi bahasanya, yang pandai melayan pasangannya, yang sanggup berkorban apa sahaja demi kita, sanggup menyusahkan diri sendiri kerana kita dan banyak lagi "yang" "yang" yang lain yang sangan panjaaaaaang senarainya.
Adakah kita bertuah berbanding binatang lain? Prinsip binatang lain  d alam hal ini ialah "asal boleh jalan, jalan" Ada mereka kesahkan sangan tentang rupa paras pasangan? Perlukan pasangan setia kepada yang satu? Perlukan mereka merasakan perlu yang pasangan mereka mesti sentiasa bersikap mesra kepada mereka?
Ini semua bukan kerunsingan yang mereka perlu fikirkan. Akan tetapi manusia perlu memikirkan segala ini. Dari sudut ini pun manusia sangat-sangat malang jika tiada kehidupan akhirat, kerana berpa ramai di antara kita yang sangat-sangat berpuas hati tentang jodoh dsb.
Fikirkan juga tentang "kekasih kita dilarikan orang" "bunga sekuntum yang ditagih kasihnya oleh ramai kumbang" "tunang dengan si A, nikah dengan si B" dan banyak lagi perkara yang berkaitan saingan dalam hal pasangan hidup
Lihat sahaja contoh: Berapa ramai yang inginkan kasih .................. (letak sahaja nama mana-mana penyanyi atau pelakon pujaan ramai) tapi hanya Dato' atau Tan Sri .............. sahaja yang dapat. Lepas Dato' atau Tan Sri ................ ini kalau siapa pun yang dapat ............................ tadi, dia hanya dapat bekas ........................... Dato' dan Tan Sri itu sahaja.
(Ingat lawak lucu satu masa dulu tentang Tiara lama, (Honda) City baru dan (Nissan) Sarena baru)
Perkara Seterusnya
Kita sakit, makhluk-makhluk lain juga sakit, akan tetapi mereka Allah telah bebaskan dari kerunsingan berkaitan sakit itu dan ini. Ada mereka fikir tentanf bahaya kanser?
Mereka juga menghadapi kematian, tetapi mereka bebas dan memikirkan tentang anak-anak yang bakal mereka tinggal. Binatang melihat kematian anak, adik beradik dsb, akan tetapi adakah mereka sedih seperti manusia? Sanggup manusia melihat anak disembelih? Tapi itulah barangkali yang dihadapi oleh ayam di reban belakang rumah kita.
Berapa ramai manusia yang teranaya? Mana yang lebih ramai, yang zalim atau yang dizalimi? Adakah yang dizalimi itu mendapat pembelaan yang sewajarnya? Berapa yang tidak bersalah menjadi bersalah di mahkamah manusia? Berapa ramai yang bersalah, tetapi terlepas dari dari sebarang hukuman kerana dia adalah 'itu' dan 'ini'?
Segala apa yang telah disebut ini, (banyak lagi yang tidak disebut, tetapi boleh kita saksikan atau alami sendiri) adalah untuk renungan kita bersama bahawa jika tidak ada kehidupan akhirat, maka manusia adalah makhluk yang paling malang.
Dengan adanya kehidupan akhirat, maka yang teranyianya akan mendapat pembelaan, yang tidak bernasib baik akan mendapat nasib yang lebih baik, yang tersisih akan mendapat perhatian, yang tidak dihargai akan mendapat penghargaan. Umat Nabi Musa AS yang bertahun-tahun dizalimi Firaun akan mendapat pembelaan, Firaun yang yang tidak pernah kena apa-apa di dunia ini akanm mendapat balasan yang setimpal.
Manusia-manusia yang malang ini akan menjadi yang bertuah di dalam kehidupan akhirat.
Kerana itu, jadikanlah kepercayaan tentang kehidupan akhirat sebagai azimat untuk kita menghadapi kehidupan dunia yang tidak seperti seadanya ini. Semoga ia juga dapat menjadikan kita berusaha lebih giat di dalam pencarian kita di dunia ini. Juga ini juga dapat menambahkan kadar keimanan kita terhadap hari kiamat.
beriman_tentang_hari_kiamat




1 ulasan:

  1. pengisian yang mantap..boleh sertakn klebihn beriman kpd hri akhirat?

    BalasPadam