Ahad, 10 Julai 2011

arba'in mulla 'ali al-qari

hadith 40 mulla ali ql-qari
فيض المعين على جمع الأربعين في فضل القرآن المبين
Empat Puluh Hadīth Berkenaan Kelebihan Al-Qur’ān
Karangan ‘Alī bin Sultān Muhammad (Mullā ‘Alī al-Qārī)
Yang Berjudul:
Al-Fayd al-Mu‘īn ‘Alā Jam‘ī al-Arba‘īn Fī Fadā’il al-Qur’ān al-Mubīn
(Limpahan Kurnia Dari Maha Penolong Terhadap Pengumpulan Hadīth Empat Puluh
Perihal Kelebihan Al-Qur’ān Yang Nyata)



بسم الله الرحمن الرحيم
رب زدني علماً يا كريم
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَنْزَلَ الْفُرْقَانَ، وَنَزَّلَ الْقُرْآنَ، وَأَنْعَمَ عَلَيْنَا بِاْلإِيْمَانِ، وَأَتّمَّ لَنَا بِاْلإِحْسَانِ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ اْلأَتَمَّانِ اْلأَكْمَلاَنِ عَلَى سَيِّدِ الْخَلْقِ، وَسَنَدِ الْحَقِّ مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِ اللهِ مِنْ بَنِيْ عَدْنَانَ، وَعَلَى آلِهِ الْكِرَامِ، وَأَصْحَابِهِ الْفِخَامِ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَّمَكَانٍ. أَمَّا بَعْدُ: فَيَقُوْلُ خَادِمُ كِتَابِ اللهِ الْقَدِيْمِ، وَحَدِيْثِ نَبِيِّهِ الْكَرِيْمِ، الْمُحْتَاجُ إِلَى بَرِّ رَبِّهِ الْبَارِيْ، عَلِيِّ بْنِ سُلْطَانٌ مُحَمَّدٌ الْقَارِيْ: هَذِهِ أَرْبَعُوْنَ حَدِيْثًا فِيْ فَضَائِلِ الْقُرْآنِ، وَمَنْ تَلاَهُ عَلَى وَجْه اْلإِحْسَانِ بِقَدْرِ اْلإِمْكَانِ.
Dengan nama Allāh yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Wahai Tuhanku, tambahlah untukku ilmu, wahai Yang Maha Mulia.
Segala puji bagi Allāh yang telah menurunkan al-Furqān dan al-Qur’ān, yang telah menganugerah kita iman dan menyempurnakan  (nikmatNya) dengan sifat ihsān. Selawat dan salam yang sempurna lagi lengkap ke atas junjungan penghulu sekelian makhluk, orang kepercayaan al-Haq, iaitu Muhammad bin Abdullāh dari suku ‘Adnān, juga ke atas semua keluarganya yang mulia dan sahābat-sahābatnya yang berkedudukan tinggi pada setiap zaman dan tempat.
Ada pun selepas itu, maka berkatalah khadam kitāb Allāh yang qadīm, juga khadam hadīth nabīNya yang mulia, yang sentiasa memerlukan belas ehsan tuhannya Yang Maha Pencipta, iaitu ‘Alī bin Sultān Muhammad al-Qārī: Ini adalah himpunan empat puluh hadīth berkenaan kelebihan al-Qur’ān dan kelebihan orang yang membacanya dengan sifat ehsan dengan semampunya.

Hadīth Pertama
Dari ‘Uthmān radayallāhu ta‘ālā ‘anhu, dari Nabī sallallāhu ‘alayhi wa sallam, sabda Baginda:
خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ. رواه أحمد، وأصحاب الكتب الستة، وفي رواية لابن ماجه عن سعد، ولفظه: (خياركم) ورواه ابن أبي دواد عن ابن مسعود، ولفظه: (خياركم من قرأ القرآن وأقرأه)
Yang terbaik di antara kami ialah yang mempelajari al-Qur’ān dan mengajarnya. (Hadīth riwayat Ahmad dan pengarang kitab Sittah). Di dalam riwayat Ibn Mājah dari Sa‘ad lafaz riwayatnya ialah: خِيَارُكُمْ iaitu dengan jama‘. Diriwayatkan juga oleh Ibn Abū Dāwūd dari Ibn Mas‘ūd dan lafaz riwayat beliau ialah:
خِيَارُكُمْ مَنْ قَرَأَ الْقُرْآنَ وَأَقْرَأَهُ.
Yang terbaik dari kalangan kamu ialah yang membaca al-Qur’ān dan mengajar orang lain membaca.

Hadīth Kedua
Dari ‘Abdullāh bin Mas‘ūd radayallāhu ta‘ālā ‘anhu, katanya: Rasūlullāh sallallāhu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:
مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللهِ، فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا؛ لاَ أَقُولُ: (الم) حَرْفٌ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ، وَلاَمٌ حَرْفٌ، وَمِيمٌ حَرْفٌ. (رواه الترمذي، قال: حديث حسن صحيح)
Sesiapa yang membaca satu huruf dari Kitābullāh, maka sebagai balasan baginya dia memperolehi satu hasanah (kebaikan), dan satu hasanah akan dibalas dengan sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan bahawa Alif Lām Mīm adalah satu huruf, akan tetapi Alif satu huruf, Lām satu huruf dan Mīm satu huruf. (Diriwayatkan oleh al-Tarmidhī dan beliau telah mengatakan hadīth ini sebagai hadīth hasan sahīh)

Hadīth Ke Tiga
Dari ‘Umar bin al-Khattāb radayallāhu ta‘ālā ‘anhu, sesungguhnya Nabī sallallāhu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:
إِنَّ اللهَ يَرْفَعُ بِهَذَا الْكِتَابِ أَقْوَامًا وَيَضَعُ بِهِ آخَرِيْنَ. (رواه مسلم، وابن ماجه)
Sesungguhnya Allāh meninggikan (kedudukan) sebahagian orang dengan perantaraan kitab ini dan merendahkan (darjat) sebahagian yang lain. (Diriwayatkan oleh Muslim dan Ibn Mājah)

Hadīth Ke Empat
Dari Abū Sa‘īd al-Khudrī, kata: Rasūlullāh sallallāhu sallallāhu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:
يَقُولُ الرَّبُّ تَبَارَكَ وَتَعَالَى: مَنْ شَغَلَهُ الْقُرْآنُ عَنْ ذِكْرِيْ وَمَسْأَلَتِيْ أَعْطَيْتُهُ أَفْضَلَ مَا أُعْطِي السَّائِلِيْنَ، وَفَضْلُ كَلاَمِ اللهِ عَلَى سَائِرِ الْكَلاَمِ كَفَضْلِ اللهِ تَعَالَى عَلَى خَلْقِهِ. (رواه الترمذي، وقال: حسن غريب)
Allāh tabāraka wa ta‘ālā berfirman: Sesiapa yang al-Qur’ān telah menyibukkannya (sehingga dia tidak dapat) mengingatiku dan berdoa kepadaku, maka aku akan menganugerahkan kepadanya sesuatu yang lebih baik dari apa yang Aku berikan kepada orang-orang yang berdoa kepadaku. Dan kelebihan kalāmullāh ke atas kalam yang lain adalah seperti ketinggian Allāh ke atas maklukNya. (Diriwayatkan oleh al-Tarmidhī, dan berkata: hadīth hasan gharīb)

Hadīth Kelima
Dari Abū Mūsā al-Asy‘arī radayallāhu ta‘ālā ‘anhu, katanya: Rasūlullāh sallallāhu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:
مَثَلُ الْمُؤْمِنِ الَّذِيْ يَقْرَأُ الْقُرْآن كَمَثَلِ الأُتْرُجَّةِ، رِيحُهَا طَيِّبٌ وَطَعْمُهَا طَيِّبٌ. وَمَثَلُ الْمُؤْمِنِ الَّذِيْ لاَ يَقْرَأُ الْقُرْآنَ كَمَثَلِ التَّمْرَةِ، لاَ رِيْحَ لَهَا وَطَعْمُهَا حُلْوٌ. وَمَثَلُ الْمُنَافِقِ الَّذِيْ يَقْرَأُ الْقُرْآنَ مَثَلُ الرَّيْحَانَةِ، رِيحُهَا طَيِّبٌ وَطَعْمُهَا مُرٌّ. وَمَثَلُ الْمُنَافِقِ الَّذِيْ لاَ يَقْرَأُ الْقُرْآنَ كَمَثَلِ الْحَنْظَلَةِ، لَيْسَ لَهَا رِيْحٌ وَطَعْمُهَا مُرٌّ. وفي رواية: مَثَلُ الْفَاجِرِ بدل الْمُنَافِقِ. (رواه أحمد والبخاري ومسلم وأبو داود والترمذي والنسائي وابن ماجه)
Perumpamaan seorang beriman yang membaca al-Qur’ān adalah seperti limau manis yang baunya harum dan rasanya pula manis. Dan perumpamaan seorang beriman yang tidak membaca al-Qur’ān adalah seperti buah tamar yang tidak mempunyai bau tapi rasanya manis. Dan perumpamaan orang munafik yang membaca al-Qur’ān adalah seperti bunga raihānah yang wangi baunya tapi rasanya pahit dan perumpamaan seorang munafik yang tidak membaca al-Qur’ān adalah seperti buah hanzalah[1] yang tidak berbau wangi dan rasanya pula pahit. Di dalam sesetengah riwayat ada yang menyebut perkataan (pendosa) sebagai ganti ungkapan (munafik) (Diriwayatkan oleh Ahmad, al-Bukhārī, Muslim, Abū Dāwūd, al-Tarmidhī, al-Nasā’ī dan Ibn Mājah)

Hadīth Ke Enam
Dari Anas radayallāhu ta‘ālā ‘anhu, katanya: Rasūlullāh sallallāhu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:
مَثَلُ الْمُؤْمِنِ الَّذِيْ يَقْرَأُ الْقُرْآنَ مِثْلُ الأُتْرُجَّةِ، رِيحُهَا طَيِّبٌ وَطَعْمُهَا طَيِّبٌ. وَمَثَلُ الْمُؤْمِنِ الَّذِيْ لاَ يَقْرَأُ الْقُرْآنَ كَمَثَلِ التَّمْرَةِ، طَعْمُهَا طَيِّبٌ وَلاَ رِيْحَ لَهَا. وَمَثَلُ الْفَاجِرِ الَّذِيْ يَقْرَأُ الْقُرْآنَ كَمَثَلِ الرَّيْحَانَةِ، رِيحُهَا طَيِّبٌ وَطَعْمُهَا مُرٌّ. وَمَثَلُ الْفَاجِرِ الَّذِيْ لاَ يَقْرَأُ الْقُرْآن كَمَثَلِ الْحَنْظَلَةِ، طَعْمُهَا مَرٌّ وَلاَ رِيْحَ لَهَا. وَمَثَلُ الْجَلِيْسِ الصَّالِحِ كَمَثَلِ صَاحِبِ الْمِسْكِ، إِنْ لَمْ يُصِبْكَ مِنْهُ شَيْءٌ أَصَابَكَ مِنْ رِيْحِهِ. وَمَثَلُ جَلِيْسِ السُّوْءِ كَمَثَلِ صَاحِبِ الْكِيرِْ، إِنْ لَمْ يُصِبْكَ مِنْ سَوَادِهِ أَصَابَكَ مِنْ دُخَانِهِ. (رواه أبو داود)
Perumpamaan seorang beriman yang membaca al-Qur’ān adalah seperti limau manis yang baunya harum dan rasanya pula manis. Dan perumpamaan seorang beriman yang tidak membaca al-Qur’ān adalah seperti buah tamar yang rasanya manis tapi tidak mempunyai bau. Dan perumpamaan pendosa yang membaca al-Qur’ān adalah seperti bunga raihānah yang wangi baunya tapi rasanya pahit dan perumpamaan seorang munafik yang tidak membaca al-Qur’ān adalah seperti buah hanzalah yang rasanya pahit dan tidak pula berbau wangi. Perumpamaan rakan dan pendamping yang saleh adalah seperti seseorang yang mempunyai kasturi, yang jikalau pun engkau tidak mendapatkan sedikit kasturi pun darinya, engkau akan mendapat baunya yang wangi. Dan perumpamaan teman yang jahat adalah seperti seorang tuan punya bengkel besi, jikalau pun engkau tidak terkena jelaganya, engkau pasti akan terkena asapnya. (Diriwayatkan oleh Abū Dāwūd)

Hadīth Ketujuh
Dari ‘Ā’isyah radayallāhu ta‘ālā ‘anha, katanya: Rasūlullāh sallallāhu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:
الْمَاهِرُ بِالْقُرْآنِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ، وَالَّذِيْ يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيْهِ، وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ، فَلَهُ أَجْرَانِ. وَ فِيْ رِوَايَةٍ : وَالَّذِيْ يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَهُوَ يَشْتَدُّ عَلَيْهِ، لَهُ أَجْرَانِ (رواه البخاري، ومسلم، واللفظ له. وأبو داود، والترمذي، والنسائي، وابن ماجه)
Seorang yang mahir membaca al-Qur’ān (dari hafalannya)[2] akan bersama (malaikat) pencatit yang mulia lagi patuh. Dan seseorang yang membaca al-Qur’ān dan tersangkut-sangkut di dalam pembacaannya dan al-Qur’ān itu juga berat untuk (dia mengingati)nya, maka baginya dua ganjaran. Di dalam satu riwayat yang lain: dan seorang yang membaca al-Qur’ān dan al-Qur’ān itu sangat berat ke atasnya, maka baginya dua ganjaran. (Diriwayatkan oleh al-Bukhārī, Muslim, lafaz riwayat ini adalah lafaz riwayat Muslim, diriwayatkan juga oleh Abū Dāwūd, al-Tarmidhī, al-Nasā’ī dan Ibn Mājah)

Hadīth Kelapan
Dari Abū Dharr radayallāhu ta‘ālā ‘anhu, katanya: Aku telah berkata kepada (Rasūlullāh): Ya Rasūlullāh, berilah pesanan kepadaku. Maka Baginda sallallāhu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:
عَلَيْكَ بِتَقْوَى اللهِ. فَإِنَّهَا رَأْسُ الأَمْر كُلِّهِ. قُلْتُ : يَا رَسُوْلَ اللهِ زِدْنِيْ . قَالَ : عَلَيْكَ بِتِلاَوَة الْقُرْآنِ ، فَإِنَّهُ نُوْرٌ لَكَ فِي الأَرْضِ، وَذُخْرٌ لَّكَ فِي السَّمَاءِ. (رواه ابن حبان، وصححه في حديث طويل، ورواه ابن الضريس، وأبو يعلى)
Berpegang teguhlah kepada ketakwaan terhadap Allāh, kerana ia adalah kemuncak semua perkara. Aku berkata lagi: Tambahkan lagi, ya Rasūlullāh. Sabda Baginda: sentiasalah membaca al-Qur’ān, kerana ia adalah cahaya bagimu di dunia dan bekalan[3] bagimu di akhirat Riwayat dari Abū Sa‘īd pula berbunyi:
عَلَيْكَ بِتَقْوَى اللهِ، فَإِنَّهَا جِمَاعُ كُلِّ خَيْرٍ، وَعَلَيْكَ بِذِكْرِ اللهِ، وَتِلاَوَةِ الْقُرْآنِ، فَإِنَّهُ نُوْرٌ لَّكَ فِي الأَرْضِ ، وَذِكْرٌ لَّكَ فِي السَّمَاءِ، وَاخْزُنْ لِسَانَكَ إِلاَّ مِنْ خَيْرٍ ، فَإِنَّكَ بِذَلِكَ تَغْلِبُ الشَّيْطَانَ.
Berpegang teguhlah kepada ketakwaan terhadap Allāh, kerana ia adalah himpunan semua kebaikan. Tetaplah mengingati Allāh dan membaca al-Qur’ān, kerana setiap dari keduanya adalah cahaya bagimu di dunia dan penyebab namamu disebut di langit. Jagalah lidahmu (dan jangan berkata sesuatu) melainkan perkara yang baik. Kerana dengan itu engkau dapat mengalahkan syaitan.

Hadīth Kesembilan
Dari Jābir radayallāhu ta‘ālā ‘anhu, dari Nabī sallallāhu ‘alayhi wa sallam, sabda Baginda:
الْقُرْآنُ شَافِعٌ مُشَفَّعٌ، وَمَاحِلٌ مُّصَدَّقٌ، مَنْ جَعَلَهُ أَمَامَهُ قَادَهُ إِلَى الْجَنَّةِ ، وَمَنْ جَعَلَهُ خَلْفَ ظَهْرِهِ سَاقَهُ إِلَى النَّارِ. (رواه ابن حبان في صحيحه، والبيهقي في شعبه عنه، والبيهقي عن ابن مسعود)
Al-Qur’ān adalah pemberi syafaat yang diterima syafaatnya dan penghujah yang hujahnya diterima. Sesiapa yang meletakkannya di hadapannya, maka ia akan mengiring (dan membawanya) ke syurga dan sesiapa yang meletakkannya di belakangnya, maka ia akan mengheretnya ke neraka. (Diriwayatkan oleh Ibn Hibbān di dalam Sahīhnya, oleh al-Bayhaqī di dalam kitabnya al-Syu‘ab, juga dari Jābir dan oleh al-Bayhaqī juga, tetapi dari Ibn Mas‘ūd)

Hadīth Kesepuluh
Dari Abū Umāmah al-Bāhilī radayallāhu ta‘ālā ‘anhu, katanya: Aku telah mendengar Rasūlullāh sallallāhu ‘alayhi wa sallam bersabda:
اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي[4] يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيْعًا لأَصْحَابِهِ ... الحديث. (رواه مسلم)
Bacalah al-Qur’ān, kerana ia akan datang di hari kiamat nanti sebagai pemberi syafaat bagi yang membacanya ..... ini adalah sebahagian dari hadīth dari yang panjang. (Diriwayat oleh Muslim)


[1] Sejenis tumbuhan yang mempunyai rasa yang pahit. (citrullus colocynthis)
[2] Terjemahan ini berdasarkan huraian al-Nawawī di dalam Syarah Muslim.
[3] Di dalam naskhah pengarang perkataan (cahaya) sebagai ganti ungkapan (bekalan) pembetulah dibuat dengan merujuk kepada kitab asal (Ibn Hibbān).
[4] Ungkapan يَأْتِي gugur dari naskhah ini.

Jumaat, 10 Jun 2011

perbezaan di antara solah mengadap Ka'bah dan menyembah berhala

beza solat mengadap qiblat dan menyembah berhala

Perbezaan Di Antara Menyembah Berhala Dengan Mengadap Qiblat Ketika Bersolat

Bagi orang Islam, mungkin kesemua penganutnya tidak nampak apa-apa persamaan di antara solat menghadap ke arah Ka’bah dan menyembah berhala. Ini kerana semua kita maklum bahawa yang disembah dan dipuja ketika solat adalah zat Yang Maha Esa empunya Ka’bah dan bukan Ka’bah itu sendiri.
Tapi sebagai menambah baṣīrah, dan sebagai persediaan jika tiba-tiba ada rakan bukan Islam yang menanyakan perkara ini, supaya kita tidak terkial-kial mencari jawapan, di bawah diberikan beberapa berbezaan asas di antara menyembah berhala dan solat ke arah Ka’bah.
Artikel ini adalah saduran dan ringkasan daripada kitab Qiblah Numā karangan Mawlānā Muḥammad Qāsim Nanutwī, pengasas Darul Uloom Doeband. Di permulaan kitab yang mempunyai l/kurang 400 halaman ini pengarang telah memuatkan beberapa jawapan yang telah beliau gelarkan sebagai Ilzāmī Jawābāt (tak pasti perkataan apa yang sesuai untuk menterjemahkan ungkapan ini, tapi rasanya maksudnya l/kurang ialah jawapan tangkisan dengan logic akal perbezaan di antara keduanya)  dari m/surat 99 hingga akhir kitab termuat jawaban secara taḥqīq. Sesiapa yang berminat boleh sahaja merujuk kepada kitab asal. (Kitab di dalam Bahasa Urdu)

Sabtu, 21 Mei 2011

hadith 40 Mulla Ali al-Qari bah 3



Ḥadīth Dua Puluh Satu
Dari Abū Dharr raḍiyallāhu ta‘ālā ‘anhu, katanya: Rasūlullāh ṣallallāhu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:
إِنَّكُمْ لاَ تَرْجِعُوْنَ إِلَى اللهِ تَعَالَى بِشَيْءٍ أَفْضَلَ مِمَّا خَرَجَ مِنْهُ - يَعْنِي الْقُرْآنَ - ظَهَرَ مِنْهُ. (رواه الحاكم، وصححه، ورواه أبو داود في مراسيله)
Sesungguhnya kamu tidak mampu untuk kembali kepada Allāh dengan membawa sesuatu yang lebih baik dari perkara yang datang dan yang bersumberkan dari dirNya, yakni al-Qur’ān. (Diriwayatkan oleh al-Ḥākim dan beliau telah menyatakannya sebagai ṣaḥīḥ, juga oleh Abū Dāwūd di dalam Marāsīlnya)

Ḥadīth Dua Puluh Dua
Dari Anas raḍiyallāhu ta‘ālā ‘anhu, katanya: Rasūlullāh ṣallallāhu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:
إِنَّ للهِ أَهْلِيْنَ مِنَ النَّاسِ. قَالُوْا: مَنْ هُمْ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ: أَهْلُ الْقُرْآنِ هُمْ أَهْلُ اللهِ وَخَاصَّتُهُ. (رواه النسائي، وابن ماجه، والحاكم، وصححه المنذري)
Sesungguhnya Allāh mempunyai ahliNya dari kalangan manusia. Tanya ṣaḥābat: Siapakah mereka ya Rasūlallāh? Sabda Baginda: Ahli al-Qur’ān, mereka adalah ahli Allāh dan hambaNya yang khusus. (Hadīth riwayat al-Nasā’ī, Ibn Mājah dan al-Ḥākim dan al-Mundhirī telah menyatakannya sebagai ḥadīth ṣaḥīḥ)

Ḥadīth Dua Puluh Tiga
Dari Ibn ‘Abbās raḍiyallāhu ta‘ālā ‘anhuma, katanya:
مَنْ قَرَأَ الْقُرْآنَ لَمْ يُرَدَّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمُرِ، وَذَلِكَ قَوْلُهُ تَعَالَى: ﴿ ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ (5) إِلَّا الَّذِينَ آَمَنُوا ﴾ قَالَ: إِلاَّ الَّذِيْنَ قَرَأُوْا الْقُرْآنَ. (رواه الحاكم، وقال: صحيح الإسناد)
Sesiapa yang sentiasa membaca al-Qur’ān, dia tidak akan dikembalikan kepada ardhal al-‘umur (ke usia tua renta) seperti yang Allāh firmankan (sūrah al-Tīn, ayat 5):
“Kemudian kami akan kembalikan (manusia itu) ke tahap yang terendah dari yang rendah[1], melainkan orang beriman”. Kata Ibn ‘Abbās di dalam menafsirkan ayat ini: yakni melainkan mereka yang membaca al-Qur’ān. (Diriwayatkan oleh al-Ḥākim dan beliau berkata: Ini adalah ḥadīth yang ṣaḥīḥ sanadnya)


Ḥadīth Dua Puluh Empat
Dari Ibn ‘Abbās raḍiyallāhu ta‘ālā ‘anhuma, katanya: Rasūlullāh ṣallallāhu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:
أَشْرَافُ أُمَّتِيْ حَمَلَةُ الْقُرْآنِ وَأَصْحَابُ اللَّيْلِ. (رواه البيهقي في شعب الإيمان، وابن أبي الدنيا)
Orang mulia dari kalangan umatku ialah pendokong-pendokong al-Qur’ān dan mereka yang menghidupkan malam dengan ibadat yang ikhlas[2]. (Diriwayatkan oleh al-Bayhaqī di dalam Syu‘ab al-Īmān dan oleh Ibn Abī al-Dunyā)

Ḥadīth Dua Puluh Lima
Dari Abd al-Raḥmān bin Syibl al-Anṣārī raḍiyallāhu ta‘ālā ‘anhu: Sesungguhnya Nabī ṣallallāhu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:
اِقْرَأُوا الْقُرْآنَ وَاعْمَلُوْا بِهِ، وَلاَ تَجْفُوْا عَنْهُ، وَلاَ تَغْلُوْا فِيْهِ، وَلاَ تَأْكُلُوْا بِهِ، وَلاَ تَسْتَكْثِرُوْا بِهِ. (رواه أحمد، وأبو يعلى، والطبراني، والبيهقي)
Bacalah al-Qur’ān dan beramallah dengannya,  jangan jauhkan dirimu darinya, jangan melampaui batas dalam membacanya,  jangan jadikannya sumber pencarianmu dan jangan melambakkan harta benda dunia kamu melaluinya. (Diriwayatkan oleh Aḥmad, Abū Ya‘lā. Al-Ṭabarānī dan al-Bayhaqī)

Ḥadīth Dua Puluh Enam
Dari ‘Imrān bin al-Huṣayn raḍiyallāhu ta‘ālā ‘anhu, beliau telah lalu berhampiran seorang yang mambaca al-Qur’ān dan sesudah itu meminta-minta dari orang ramai. Lalu beliau telah membaca إِنَّا ِللهِ وَإِنَّ إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ (sesungguhnya kita kepunyaan Allāh dan kepadanya kita akan dikembalikan) seraya berkata: Aku telah mendengar Rasūlullāh ṣallallāhu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:
مَنْ قَرَأَ الْقُرْآنَ، فَلْيَسْأَلِ اللهَ بِهِ، فَإِنَّهُ سَيَجِيْءُ أَقْوَامٌ يَقْرَأُوْنَ الْقُرْآنَ يَسْأَلُوْنَ بِهِ النَّاسَ. (رواه الترمذي وقال: حديث حسن)
Sesiapa yang membaca al-Qur’ān, maka hendaklah dia meminta ganjarannya dari Allāh. (Ini kerana) akan datang beberapa golongan yang membaca al-Qur’ān dan meminta-minta balasan bacaan mereka dari orang ramai. (Diriwayatkan oleh al-Tirmidhī, kata beliau ḥadīth ini adalah sebuah ḥadīth ḥasan)

Ḥadīth Dua Puluh Tujuh
Dari Abū Hurayrah raḍiyallāhu ta‘ālā ‘anhu, katanya: Rasūlullāh ṣallallāhu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:
لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَتَغَنَّ بِالْقُرْآنِ. (رواه البخاري، ورواه أحمد وأبو داود وابن حبان، والحاكم عن سعد) قال جمهور العلماء: أي لم يحسن صوته. وقال بعضهم: لم يستغن به عن غيره.
Bukan di kalangan kami siapa yang tidak melagukan al-Qur’ān. (Diriwayatkan oleh al-Bukhārī. Aḥmad, Abū Dāwūd, Ibn Ḥibbān dan al-Ḥākim telah meriwayatkan ḥadīth ini dari Sa‘ad) Kebanyakan ‘ulamā’ telah menghuraikan ḥadīth ini seperti terjemahan di atas, dan akan tetapi sebahagian dari mereka telah menghuraikan لَمْ يَتَغَنَّ sebagai sesiapa yang merasa tidak cukup dengan al-Qur’ān dan mencari yang lain.

Ḥadīth Dua Puluh Lapan
Dari Buraydah raḍiyallāhu ta‘ālā ‘anhu, katanya: Rasūlullāh ṣallallāhu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:
مَنْ قَرَأَ الْقُرْآنَ يَتَأَكَّلُ بِهِ النَّاسَ، جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَوَجْهُهُ عَظْمٌ لَيْسَ عَلَيْهِ لَحْمٌ. (رواه البيهقي)
Sesiapa yang menggunakan al-Qur’ān untuk memakan harta benda orang ramai, maka dia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan mukanya tinggal tulang tanpa daging. (Diriwayatkan oleh al-Bayhaqī)

Ḥadīth Dua Puluh Sembilan
Dari ‘Ā’isyah raḍiyallāhu ta‘ālā ‘anha: Sesungguhnya Baginda ‘alayhiṣṣalātuwasallām telah bersabda:
قِرَاءَةُ الْقُرْآنِ فِيْ الصَّلاَةِ أَفْضَلُ مِنْ قِرَاءَةِ الْقُرْآنِ فِيْ غَيْرِ الصَّلاَةِ، وَقِرَاءَةُ الْقُرْآنِ فِيْ غَيْرِ الصَّلاَةِ أَفْضَلُ مِنَ التَّسْبِيْحِ وَالتَّكْبِيْرِ، وَالتَّسْبِيْحُ أَفْضَلُ مِنَ الصَّدَقَةِ، وَالصَّدَقَةُ أَفْضَلُ مِنَ الصَّوْمِ، وَالصَّوْمُ جُنَّةٌ مِنَ النَّارِ. (رواه الدار قطني في الإفراد، والبيهقي في شعب الإيمان)
Membaca al-Qur’ān di dalam solat adalah lebih baik dari membaca al-Qur’ān di luar ṣalāt, membaca al-Qur’ān di luar ṣalāt adalah lebih baik dari tasbīḥ dan takbīr, tasbīḥ lebih baik dari bersedekah, sedekah lebih baik dari puasa dan puasa adalah perisai dari api nereka. (Diriwayatkan oleh al-Dāruquṭnī di dalam al-Ifrād, juga oleh al-Bayhaqī di dalam Syu‘ub al-Īmān)

Ḥadīth Tiga Puluh
Dari Aus bin Abū Aus al-Thaqafī secara marfū‘:
قَرَاءَةُ الرَّجُلِ الْقُرْآنَ فِيْ غَيْرِ الْمُصْحَفِ أَلْفُ دَرَجَةٍ، وَقِرَاءَتُهُ فِي الْمُصْحَفِ تُضَاعِفُ عَلَى ذَلِكَ إِلَى أَلْفَيْ دَرَجَةٍ. (رواه الطبراني، والبيهقي)
Pembacaan al-Qur’ān tanpa (melihat muṣḥaf menghasilkan) seribu darjat dan pembacaan dengan (melihat) muṣḥaf akan menggandakan (pahala berbanding cara pertama) sebanyak dua ribu darjat. (Diriwayatkan oleh al-Ṭabarānī dan al-Bayhaqī)



[1] Ini adalah salah satu dari beberapa penafsiran yang diberi oleh ‘ulamā’ terhadap ayat ini. Kesimpulan penafsiran ayat ini mengikut Ibn ‘Abbās ialah:
Di dalam ayat ke-empat sūrah ini Allāh telah menyatakan yang manusia ini dijadikan sebagai sebaik-baik kejadian. Seterusnya (mengikut tafsiran ini) Allāh menyatakan bahawa selepas manusia berada di tahap sebaik-baik kejadian dari segi kematangan dan kegagahan tubuh badan Allāh mengembalikannya kepada keadaan أرذل العمر iaitu seperti keadaannya ketika dilahirkan (selemah-lemah keadaan dari segi fizikal dan mental). Perihal (أرذل العمر) Allāh telah berfirman di dalam sūrah al-Ḥajj ayat 5:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنْ كُنْتُمْ فِي رَيْبٍ مِنَ الْبَعْثِ فَإِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ مِنْ نُطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ مِنْ مُضْغَةٍ مُخَلَّقَةٍ وَغَيْرِ مُخَلَّقَةٍ لِنُبَيِّنَ لَكُمْ وَنُقِرُّ فِي الْأَرْحَامِ مَا نَشَاءُ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى ثُمَّ نُخْرِجُكُمْ طِفْلًا ثُمَّ لِتَبْلُغُوا أَشُدَّكُمْ وَمِنْكُمْ مَنْ يُتَوَفَّى وَمِنْكُمْ مَنْ يُرَدُّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمُرِ لِكَيْلَا يَعْلَمَ مِنْ بَعْدِ عِلْمٍ شَيْئًا وَتَرَى الْأَرْضَ هَامِدَةً فَإِذَا أَنْزَلْنَا عَلَيْهَا الْمَاءَ اهْتَزَّتْ وَرَبَتْ وَأَنْبَتَتْ مِنْ كُلِّ زَوْجٍ بَهِيجٍ (5)
Wahai umat manusia, sekiranya kamu berda di dalam keadaan ragu-ragu tentang kebangkitan semula (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari nuṭfah, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana kami hendak menjelaskan kepada kamu (kekuasaan kami); dan kami pula menetapkan di dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami tentukan sehingga ke suatu masa yang ditentukan, kemudian kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur yang paling matang; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke usia sehabis-habis tua (ditakdirkan hidup hingga ke peringkat tua nyanyuk) sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan engkau dapat melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuhnya tumbuhan), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan jenis-jenis tanaman yang indah (lagi cantik dipandang).
[2] Hadith ini memberi kafahaman sesiapa yang memiliki kedua-dua perkara yang disebutkan di dalam hadith ini adalah yang paling mulia di kalangan imat ini. Menyusul selepas mereka ialah orang yang memiliki salah satu dari dua perkara di atas. Lihat al-Munāwī di dalah Fayḍ al-Qadīr dan al-Taysīr. Terjemahan di atas mengikut huraian yang diberi oleh al-Munāwī dan pengarang (Mullā ‘Alī al-Qārī) di dalam Mirqāt al-Mafātiḥ.