Apa Yang Perlu Kita Lakukan Ketika Berpuasa?
Banyak membaca al-Quran
Wujud kaitan
rapat bulan di antara Ramadan dengan al-Quran kerana al-Quran diturunkan di dalam bulan
Ramadan. [Surah al-Baqarah, ayat: 185]
Nabi saw
membuat sekali ulangan al-Quran bersama malaykit Jibril as pada tiap-tiap bulan
Ramadan dan melakukan dua ulangan pada Ramadan terakhir Baginda. [HR al-Bukhari
dan Muslim daripada Aisyah r.ha]
Banyakkan ibadat seperti sembahyang-sembahyang sunat dan zikir.
Kata
‘Aisyah r.ha: Baginda memperbanyakkan usaha (beribadat) pada bulan Ramadan
lebih daripada ibadat di dalam bulan-bulan yang lain dan menambah lagi ibadat
di dalam sepuluh hari terakhir berbanding bahagian lain di dalam bulan Ramadan.
[HR Muslim daripada ‘Aisyah r.ha]
Banyak bersedekah
Maksud
sebuah hadith: Nabi saw adalah seorang yang pemurah dan kemurahan hati Baginda
akan bertambah di dalam bulan Ramadan ketika Jibril as menemui Baginda untuk bertadarus
al-Quran. [Hadith muttafaq ‘alayh]
Memberi makanan berbuka puasa
Sesiapa
yang memberi makanan berbuka puasa kepada orang yang berpuasa, maka untuknya
pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan pahalanya sedikit pun. [HR al-Tarmidhi]
Menghindarkan diri daripada dosa
Sabda Nabi
saw:
Siapa yang
tidak meninggalkan percakapan dusta dan beramal dengannya,maka tidak ada
keperluan bagi Allah untuk dia meninggalkan makan dan minum. [HR al-Bukhari]
Yakni nilai
puasa adalah dengan meninggalkan maksiat. Kerana inilah simbolik di sebalik
kita meninggalkan makan minum yang merupakan perkara asas di dalam kehidupan
dunia ini walupun ia adalah halal di dalam bulan-bulan yang lain. Apatah lagi
untuk melakukan perkara yang sememangnya haram di sepanjang masa.