Rabu, 11 Disember 2013

TUJUH AMALAN YANG MEMBOLEHKAN SESEORANG MENDAPAT HUSNUL KHATIMAH

AMALAN PERTAMA

Membaca doa ini dengan sesungguh hati setiap kali selepas sembahyang:
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً
إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّاب
(Wahai tuhan kami, jangan Engkau palingkan hati kami sesudah Engkau memberi kami petunjuk dan anegerahkan untuk kami rahmat dari sisiMu. sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi anugerah. [Surah Al ‘Imran, ayat: 8]
Doa ini adalah doa yang telah Allah sendiri menganjurkan orang beriman untuk membacanya. Jika lafaz suatu permohonan dikarang sendiri oleh orang yang menerima permohonan, maka permohonan orang yang memohon menggunakan ayat-ayat itu pasti akan diterima oleh yang menerima permohonan.

AMALAN KEDUA

Baca doa di bawah dengan istiqamah:
يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.
(Wahai zat Yang Maha Hidup dan zat Yang Mendirikan Sekeliannya dengan qudratNya, dengan rahmatMu aku meminta pertolongan)
Daripada Anas r.h, sesungguhnya apabila suatu perkara merunsingkan Baginda, Baginda akan membaca doa ini. (HR al-Tarmidhi)

AMALAN KETIGA

Istiqamah mengamalkan miswak.
Kata sebahagian ulama: Sebahagian daripada faedah miswak ialah seseorang akan mengingati kalimah syahadat ketika meninggal. Di dakam hatidh disebut bahawa bermiswak mensucikan mulut dan menyebab rabb redha.

AMALAN KEEMPAT

Bersyukur di atas nikmat iman. Dengan bersyukur suatu nikmat itu akan bertambah. Lihat ayat 7 Surah Ibrahim. Di antara apa yang boleh dibaca untuk tujuan ini ialah doa:
اَللهُمَّ أَعِنِّيْ عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Ya Allah, bantulah aku untuk mengingatiMu, mendyukuriMu dan melakukan ibadat dengan sebaiknya untukMu.

AMALAN KELIMA

Menjaga mata dan tidak melihat maksiat. Di dalam sebuah hadith ada disebut: Bahawa pandangan mata adalah salah satu panah sayitan yang beracum dan sesiapa yang meninggalkan melihat sesuatu yang tidak diharuskan, maka Allah akan menukarkan untuknya kemanisan iman yang dia akan dapat merasainya di dalam hatinya. (HR al-Tabarani daripada Ibn Mas’ud)
Mulla Ali al-Qari berkata bahawa apabila kemanisan iman telah masuk di dalam a]hati seseorang, maka ia tidak akan terkeluar semula. (al-Mirqat)

AMALAN KEENAM

Membaca doa selepas azan. Di dalam Sahih al-Bukhari ada sebuah hadith bahawa sesiapa yang membaca doa ini (doa selepas azan) wajib syafaat Baginda untuknya. Kata Mulla ‘Ali al-Qari: Di dalam hadith ini terdapat berita gembira (basyarah) buat orang itu bahawa dia akan mendapat husnul khatimah, kerana syafaat Baginda saw hanya khusus untuk orang-orang beriman sahaja.

AMALAN KETUJUH

Sentiasa mendampingi ahlullah (orang yang hampir dengan Allah) Ada sebuah hadith yang menyebut bahawa orang yang datang sekejap di dalam majllis zikir pun akan mendapat pengampunan Allah dan sabda Nabi saw berkenaan ahli majlis zikir: Mereka adalah golongan yang orang yang duduk-dukuk bersama mereka pun tidak akan manjadi seorang yang celaka.

bagaimana_mendapat_husnul_khatima