Jumaat, 26 Julai 2013

Amalan Yang Perlu Diperbanyakkan Ketika Berpuasa


Apa Yang Perlu Kita Lakukan Ketika Berpuasa?


Banyak membaca al-Quran

Wujud kaitan rapat bulan di antara Ramadan dengan al-Quran kerana al-Quran diturunkan di dalam bulan Ramadan. [Surah al-Baqarah, ayat: 185]
Nabi saw membuat sekali ulangan al-Quran bersama malaykit Jibril as pada tiap-tiap bulan Ramadan dan melakukan dua ulangan pada Ramadan terakhir Baginda. [HR al-Bukhari dan Muslim daripada Aisyah r.ha]

Banyakkan ibadat seperti sembahyang-sembahyang sunat dan zikir.

Kata ‘Aisyah r.ha: Baginda memperbanyakkan usaha (beribadat) pada bulan Ramadan lebih daripada ibadat di dalam bulan-bulan yang lain dan menambah lagi ibadat di dalam sepuluh hari terakhir berbanding bahagian lain di dalam bulan Ramadan. [HR Muslim daripada ‘Aisyah r.ha]

Banyak bersedekah

Maksud sebuah hadith: Nabi saw adalah seorang yang pemurah dan kemurahan hati Baginda akan bertambah di dalam bulan Ramadan ketika Jibril as menemui Baginda untuk bertadarus al-Quran. [Hadith muttafaq ‘alayh]

Memberi makanan berbuka puasa

Sesiapa yang memberi makanan berbuka puasa kepada orang yang berpuasa, maka untuknya pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan pahalanya sedikit pun. [HR al-Tarmidhi]

Menghindarkan diri daripada dosa

Sabda Nabi saw:
Siapa yang tidak meninggalkan percakapan dusta dan beramal dengannya,maka tidak ada keperluan bagi Allah untuk dia meninggalkan makan dan minum. [HR al-Bukhari]
Yakni nilai puasa adalah dengan meninggalkan maksiat. Kerana inilah simbolik di sebalik kita meninggalkan makan minum yang merupakan perkara asas di dalam kehidupan dunia ini walupun ia adalah halal di dalam bulan-bulan yang lain. Apatah lagi untuk melakukan perkara yang sememangnya haram di sepanjang masa.