Jumaat, 10 Jun 2011

perbezaan di antara solah mengadap Ka'bah dan menyembah berhala

beza solat mengadap qiblat dan menyembah berhala

Perbezaan Di Antara Menyembah Berhala Dengan Mengadap Qiblat Ketika Bersolat

Bagi orang Islam, mungkin kesemua penganutnya tidak nampak apa-apa persamaan di antara solat menghadap ke arah Ka’bah dan menyembah berhala. Ini kerana semua kita maklum bahawa yang disembah dan dipuja ketika solat adalah zat Yang Maha Esa empunya Ka’bah dan bukan Ka’bah itu sendiri.
Tapi sebagai menambah baṣīrah, dan sebagai persediaan jika tiba-tiba ada rakan bukan Islam yang menanyakan perkara ini, supaya kita tidak terkial-kial mencari jawapan, di bawah diberikan beberapa berbezaan asas di antara menyembah berhala dan solat ke arah Ka’bah.
Artikel ini adalah saduran dan ringkasan daripada kitab Qiblah Numā karangan Mawlānā Muḥammad Qāsim Nanutwī, pengasas Darul Uloom Doeband. Di permulaan kitab yang mempunyai l/kurang 400 halaman ini pengarang telah memuatkan beberapa jawapan yang telah beliau gelarkan sebagai Ilzāmī Jawābāt (tak pasti perkataan apa yang sesuai untuk menterjemahkan ungkapan ini, tapi rasanya maksudnya l/kurang ialah jawapan tangkisan dengan logic akal perbezaan di antara keduanya)  dari m/surat 99 hingga akhir kitab termuat jawaban secara taḥqīq. Sesiapa yang berminat boleh sahaja merujuk kepada kitab asal. (Kitab di dalam Bahasa Urdu)