Sabtu, 21 Mei 2011

hadith 40 Mulla Ali al-Qari bah 3



Ḥadīth Dua Puluh Satu
Dari Abū Dharr raḍiyallāhu ta‘ālā anhu, katanya: Rasūlullāh ṣallallāhu alayhi wa sallam telah bersabda:
إِنَّكُمْ لاَ تَرْجِعُوْنَ إِلَى اللهِ تَعَالَى بِشَيْءٍ أَفْضَلَ مِمَّا خَرَجَ مِنْهُ - يَعْنِي الْقُرْآنَ - ظَهَرَ مِنْهُ. (رواه الحاكم، وصححه، ورواه أبو داود في مراسيله)
Sesungguhnya kamu tidak mampu untuk kembali kepada Allāh dengan membawa sesuatu yang lebih baik dari perkara yang datang dan yang bersumberkan dari dirNya, yakni al-Qur’ān. (Diriwayatkan oleh al-Ḥākim dan beliau telah menyatakannya sebagai ṣaḥīḥ, juga oleh Abū Dāwūd di dalam Marāsīlnya)

Ḥadīth Dua Puluh Dua
Dari Anas raḍiyallāhu ta‘ālā anhu, katanya: Rasūlullāh ṣallallāhu alayhi wa sallam telah bersabda:
إِنَّ للهِ أَهْلِيْنَ مِنَ النَّاسِ. قَالُوْا: مَنْ هُمْ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ: أَهْلُ الْقُرْآنِ هُمْ أَهْلُ اللهِ وَخَاصَّتُهُ. (رواه النسائي، وابن ماجه، والحاكم، وصححه المنذري)
Sesungguhnya Allāh mempunyai ahliNya dari kalangan manusia. Tanya ṣaḥābat: Siapakah mereka ya Rasūlallāh? Sabda Baginda: Ahli al-Qur’ān, mereka adalah ahli Allāh dan hambaNya yang khusus. (Hadīth riwayat al-Nasā’ī, Ibn Mājah dan al-Ḥākim dan al-Mundhirī telah menyatakannya sebagai ḥadīth ṣaḥīḥ)

Ḥadīth Dua Puluh Tiga
Dari Ibn Abbās raḍiyallāhu ta‘ālā ‘anhuma, katanya:
مَنْ قَرَأَ الْقُرْآنَ لَمْ يُرَدَّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمُرِ، وَذَلِكَ قَوْلُهُ تَعَالَى: ﴿ ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ (5) إِلَّا الَّذِينَ آَمَنُوا ﴾ قَالَ: إِلاَّ الَّذِيْنَ قَرَأُوْا الْقُرْآنَ. (رواه الحاكم، وقال: صحيح الإسناد)
Sesiapa yang sentiasa membaca al-Qur’ān, dia tidak akan dikembalikan kepada ardhal al-‘umur (ke usia tua renta) seperti yang Allāh firmankan (sūrah al-Tīn, ayat 5):
“Kemudian kami akan kembalikan (manusia itu) ke tahap yang terendah dari yang rendah[1], melainkan orang beriman”. Kata Ibn Abbās di dalam menafsirkan ayat ini: yakni melainkan mereka yang membaca al-Qur’ān. (Diriwayatkan oleh al-Ḥākim dan beliau berkata: Ini adalah ḥadīth yang ṣaḥīḥ sanadnya)


Ḥadīth Dua Puluh Empat
Dari Ibn Abbās raḍiyallāhu ta‘ālā anhuma, katanya: Rasūlullāh ṣallallāhu alayhi wa sallam telah bersabda:
أَشْرَافُ أُمَّتِيْ حَمَلَةُ الْقُرْآنِ وَأَصْحَابُ اللَّيْلِ. (رواه البيهقي في شعب الإيمان، وابن أبي الدنيا)
Orang mulia dari kalangan umatku ialah pendokong-pendokong al-Qur’ān dan mereka yang menghidupkan malam dengan ibadat yang ikhlas[2]. (Diriwayatkan oleh al-Bayhaqī di dalam Syu‘ab al-Īmān dan oleh Ibn Abī al-Dunyā)

Ḥadīth Dua Puluh Lima
Dari Abd al-Raḥmān bin Syibl al-Anṣārī raḍiyallāhu ta‘ālā anhu: Sesungguhnya Nabī ṣallallāhu alayhi wa sallam telah bersabda:
اِقْرَأُوا الْقُرْآنَ وَاعْمَلُوْا بِهِ، وَلاَ تَجْفُوْا عَنْهُ، وَلاَ تَغْلُوْا فِيْهِ، وَلاَ تَأْكُلُوْا بِهِ، وَلاَ تَسْتَكْثِرُوْا بِهِ. (رواه أحمد، وأبو يعلى، والطبراني، والبيهقي)
Bacalah al-Qur’ān dan beramallah dengannya,  jangan jauhkan dirimu darinya, jangan melampaui batas dalam membacanya,  jangan jadikannya sumber pencarianmu dan jangan melambakkan harta benda dunia kamu melaluinya. (Diriwayatkan oleh Aḥmad, Abū Ya‘lā. Al-Ṭabarānī dan al-Bayhaqī)

Ḥadīth Dua Puluh Enam
Dari Imrān bin al-Huṣayn raḍiyallāhu ta‘ālā anhu, beliau telah lalu berhampiran seorang yang mambaca al-Qur’ān dan sesudah itu meminta-minta dari orang ramai. Lalu beliau telah membaca إِنَّا ِللهِ وَإِنَّ إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ (sesungguhnya kita kepunyaan Allāh dan kepadanya kita akan dikembalikan) seraya berkata: Aku telah mendengar Rasūlullāh ṣallallāhu alayhi wa sallam telah bersabda:
مَنْ قَرَأَ الْقُرْآنَ، فَلْيَسْأَلِ اللهَ بِهِ، فَإِنَّهُ سَيَجِيْءُ أَقْوَامٌ يَقْرَأُوْنَ الْقُرْآنَ يَسْأَلُوْنَ بِهِ النَّاسَ. (رواه الترمذي وقال: حديث حسن)
Sesiapa yang membaca al-Qur’ān, maka hendaklah dia meminta ganjarannya dari Allāh. (Ini kerana) akan datang beberapa golongan yang membaca al-Qur’ān dan meminta-minta balasan bacaan mereka dari orang ramai. (Diriwayatkan oleh al-Tirmidhī, kata beliau ḥadīth ini adalah sebuah ḥadīth ḥasan)

Ḥadīth Dua Puluh Tujuh
Dari Abū Hurayrah raḍiyallāhu ta‘ālā anhu, katanya: Rasūlullāh ṣallallāhu alayhi wa sallam telah bersabda:
لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَتَغَنَّ بِالْقُرْآنِ. (رواه البخاري، ورواه أحمد وأبو داود وابن حبان، والحاكم عن سعد) قال جمهور العلماء: أي لم يحسن صوته. وقال بعضهم: لم يستغن به عن غيره.
Bukan di kalangan kami siapa yang tidak melagukan al-Qur’ān. (Diriwayatkan oleh al-Bukhārī. Aḥmad, Abū Dāwūd, Ibn Ḥibbān dan al-Ḥākim telah meriwayatkan ḥadīth ini dari Saad) Kebanyakan ulamā’ telah menghuraikan ḥadīth ini seperti terjemahan di atas, dan akan tetapi sebahagian dari mereka telah menghuraikan لَمْ يَتَغَنَّ sebagai sesiapa yang merasa tidak cukup dengan al-Qur’ān dan mencari yang lain.

Ḥadīth Dua Puluh Lapan
Dari Buraydah raḍiyallāhu ta‘ālā anhu, katanya: Rasūlullāh ṣallallāhu alayhi wa sallam telah bersabda:
مَنْ قَرَأَ الْقُرْآنَ يَتَأَكَّلُ بِهِ النَّاسَ، جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَوَجْهُهُ عَظْمٌ لَيْسَ عَلَيْهِ لَحْمٌ. (رواه البيهقي)
Sesiapa yang menggunakan al-Qur’ān untuk memakan harta benda orang ramai, maka dia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan mukanya tinggal tulang tanpa daging. (Diriwayatkan oleh al-Bayhaqī)

Ḥadīth Dua Puluh Sembilan
Dari ‘Ā’isyah raḍiyallāhu ta‘ālā anha: Sesungguhnya Baginda alayhiṣṣalātuwasallām telah bersabda:
قِرَاءَةُ الْقُرْآنِ فِيْ الصَّلاَةِ أَفْضَلُ مِنْ قِرَاءَةِ الْقُرْآنِ فِيْ غَيْرِ الصَّلاَةِ، وَقِرَاءَةُ الْقُرْآنِ فِيْ غَيْرِ الصَّلاَةِ أَفْضَلُ مِنَ التَّسْبِيْحِ وَالتَّكْبِيْرِ، وَالتَّسْبِيْحُ أَفْضَلُ مِنَ الصَّدَقَةِ، وَالصَّدَقَةُ أَفْضَلُ مِنَ الصَّوْمِ، وَالصَّوْمُ جُنَّةٌ مِنَ النَّارِ. (رواه الدار قطني في الإفراد، والبيهقي في شعب الإيمان)
Membaca al-Qur’ān di dalam solat adalah lebih baik dari membaca al-Qur’ān di luar ṣalāt, membaca al-Qur’ān di luar ṣalāt adalah lebih baik dari tasbīḥ dan takbīr, tasbīḥ lebih baik dari bersedekah, sedekah lebih baik dari puasa dan puasa adalah perisai dari api nereka. (Diriwayatkan oleh al-Dāruquṭnī di dalam al-Ifrād, juga oleh al-Bayhaqī di dalam Syuub al-Īmān)

Ḥadīth Tiga Puluh
Dari Aus bin Abū Aus al-Thaqafī secara marfū:
قَرَاءَةُ الرَّجُلِ الْقُرْآنَ فِيْ غَيْرِ الْمُصْحَفِ أَلْفُ دَرَجَةٍ، وَقِرَاءَتُهُ فِي الْمُصْحَفِ تُضَاعِفُ عَلَى ذَلِكَ إِلَى أَلْفَيْ دَرَجَةٍ. (رواه الطبراني، والبيهقي)
Pembacaan al-Qur’ān tanpa (melihat muṣḥaf menghasilkan) seribu darjat dan pembacaan dengan (melihat) muṣḥaf akan menggandakan (pahala berbanding cara pertama) sebanyak dua ribu darjat. (Diriwayatkan oleh al-Ṭabarānī dan al-Bayhaqī)



[1] Ini adalah salah satu dari beberapa penafsiran yang diberi oleh ‘ulamā’ terhadap ayat ini. Kesimpulan penafsiran ayat ini mengikut Ibn ‘Abbās ialah:
Di dalam ayat ke-empat sūrah ini Allāh telah menyatakan yang manusia ini dijadikan sebagai sebaik-baik kejadian. Seterusnya (mengikut tafsiran ini) Allāh menyatakan bahawa selepas manusia berada di tahap sebaik-baik kejadian dari segi kematangan dan kegagahan tubuh badan Allāh mengembalikannya kepada keadaan أرذل العمر iaitu seperti keadaannya ketika dilahirkan (selemah-lemah keadaan dari segi fizikal dan mental). Perihal (أرذل العمر) Allāh telah berfirman di dalam sūrah al-Ḥajj ayat 5:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنْ كُنْتُمْ فِي رَيْبٍ مِنَ الْبَعْثِ فَإِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ مِنْ نُطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ مِنْ مُضْغَةٍ مُخَلَّقَةٍ وَغَيْرِ مُخَلَّقَةٍ لِنُبَيِّنَ لَكُمْ وَنُقِرُّ فِي الْأَرْحَامِ مَا نَشَاءُ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى ثُمَّ نُخْرِجُكُمْ طِفْلًا ثُمَّ لِتَبْلُغُوا أَشُدَّكُمْ وَمِنْكُمْ مَنْ يُتَوَفَّى وَمِنْكُمْ مَنْ يُرَدُّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمُرِ لِكَيْلَا يَعْلَمَ مِنْ بَعْدِ عِلْمٍ شَيْئًا وَتَرَى الْأَرْضَ هَامِدَةً فَإِذَا أَنْزَلْنَا عَلَيْهَا الْمَاءَ اهْتَزَّتْ وَرَبَتْ وَأَنْبَتَتْ مِنْ كُلِّ زَوْجٍ بَهِيجٍ (5)
Wahai umat manusia, sekiranya kamu berda di dalam keadaan ragu-ragu tentang kebangkitan semula (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari nuṭfah, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana kami hendak menjelaskan kepada kamu (kekuasaan kami); dan kami pula menetapkan di dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami tentukan sehingga ke suatu masa yang ditentukan, kemudian kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur yang paling matang; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke usia sehabis-habis tua (ditakdirkan hidup hingga ke peringkat tua nyanyuk) sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan engkau dapat melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuhnya tumbuhan), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan jenis-jenis tanaman yang indah (lagi cantik dipandang).
[2] Hadith ini memberi kafahaman sesiapa yang memiliki kedua-dua perkara yang disebutkan di dalam hadith ini adalah yang paling mulia di kalangan imat ini. Menyusul selepas mereka ialah orang yang memiliki salah satu dari dua perkara di atas. Lihat al-Munāwī di dalah Fayḍ al-Qadīr dan al-Taysīr. Terjemahan di atas mengikut huraian yang diberi oleh al-Munāwī dan pengarang (Mullā ‘Alī al-Qārī) di dalam Mirqāt al-Mafātiḥ.

Sabtu, 14 Mei 2011

hubungan antara ekonomi dan etika

Islām tidak memisahkan aktiviti ekonomi (perniagaan dsb) dengan akhlak (etika) Pemisahan antara ekonomi dan etika mengakibatkan banyak keburukan seperti penipuan, manuplasi, pengmabilan untung secara berlebihan (sekadar menyebut beberapa perkara yang terlintas secara sepontan)
Berikut petikan beberapa ayat al-Qurʾān, ḥadīth dan kata-kata ṣaḥādan tābiʿīn yang diambil dari kitab Ṣaḥīḥ Bukhārī untuk menggambarkan kepedulian Islām peri pentingnya ekonomi dikaitkan dengan etika, seolah keduanya tidak terbayangkan terpisah di dalam ajaran agama kita.
Firman Allāh:
رِجَالٌ لاَ تُلْهِيْهِمْ تِجِارَةٌ وَلاَ بَيْعٌ عَنْ ذِكْرِ اللهِ وِإِقَامِ الصَّلاَةِ وَإِيْتَاءِ الزَّكَاةِ
(Terjemahan) Lelaki-lelaki yang perniagaan dan jual beli tidak melalaikan mereka dari mengingati Allāh dan menunaikan ṣalāt, serta memberi zakāt.
Kata Qatādah di dalam menafsirkan ayat ini:
كَانَ الْقَوْمُ يَتَبَايَعُونَ ، وَيَتَّجِرُونَ ، وَلَكِنَّهُمْ إِذَا نَابَهُمْ حَقٌّ مِنْ حُقُوقِ اللَّهِ لَمْ تُلْهِهِمْ تِجَارَةٌ وَلاَ بَيْعٌ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ ، حَتَّى يُؤَدُّوهُ إِلَى اللَّهِ
Mereka adalah golongan yang berjual beli dan berniaga, akan tetapi jika ada hak-hak Allāh yang mendatang, perniagaan dan belian tidak melalaikan mereka dari mengingati Allāh, sehingga membuatkan mereka dapat menunaikan hak-hak Allāh itu.
(Keterangan) Mana mungkin orang yang tidak menunaikan hak Allāh dapat menunaikan hak sesama manusia.
Sabda Junjungan kita Nabī ṣallallāhu ʿalayhi wa sallam:
« مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ رِزْقُهُ أَوْ يُنْسَأَ لَهُ فِى أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ »
(Terjemahan) Sesipa yang suka rezkinya menjadi lapang atau suka kesan peninggalannya kekal lama, maka hendaklah dia menghubung salaturahim.
(Huraian) Ungkapan يُنْسَأَ لَهُ فِى أَثَرِهِ atau apa yang telah diterjemahkan sebagai (kesan peninggalannya kekal lama) bermaksud diperpanjangkan umur. Tetapi oleh kerana panjang atau pendeknya umur seseorang adalah salah satu perkara yang telah ditentukan melalui Qaḍāʾ dan Qadar, maka ʿulamāʾ telah menafsirkan ungkapan ini dengan keberkatan, yakni dia akan diberi keberkatan di dalam umurnya. Ada yang menafsirkan ungkapan ini dengan maksud namanya harum dan dia dikenang orang hingga suatu jangka masa yang lama. (Fatḥ al-Bārī)
(Pengajaran) Dari ḥadīth ini dapat digambarkan betapa pentingnya salaturahim yang merupakan gambaran pekerti seseorang di dalam menentukan keberuntungan perniagaan seseorang.
Dari Jābir raḍiyallāhu ʿanha: Sesungguhnya Rasūlullāh ṣallallāhu ʿalayhi wa sallam telah bersabda:
« رَحِمَ اللَّهُ رَجُلاً سَمْحًا إِذَا بَاعَ ، وَإِذَا اشْتَرَى ، وَإِذَا اقْتَضَى »
Moga-moga Allāh merhamati seorang yang bersikap mudah apabila manjual, apabila membeli dan apabila menagih hutang.
(Pengajaran) Orang yang menjaga etika dalam urusannya didoa rahmat oleh Rasūlullāh ṣallallāhu ʿalayhi wa sallam.
Ḥudhayfah menceritakan yang Rasūlullāh ṣallallāhu ʿalayhi wa sallam telah bersabda:
تَلَقَّتِ الْمَلاَئِكَةُ رُوحَ رَجُلٍ مِمَّنْ كَانَ قَبْلَكُمْ قَالُوا أَعَمِلْتَ مِنَ الْخَيْرِ شَيْئًا قَالَ كُنْتُ آمُرُ فِتْيَانِى أَنْ يُنْظِرُوا وَيَتَجَاوَزُوا عَنِ الْمُوسِرِ قَالَ قَالَ فَتَجَاوَزُوا عَنْهُ
(Terjemahan) Malaikat menyambut roh seorang dari umat terdahulu dan bertanya: Adakah pernah engkau melakukan apa-apa kebaikan? Kata lelaki itu: Aku selalu menyuruh pekerjaku manangguhkan beban hutang orang yang berhutang dan memaafkan, walau kepada orang yang tidak susah sekali pun.
Riwayat Abū Hurayrah ……. Dari Nabī ṣallallāhu ʿalayhi wa sallam Sabda Baginda:
كَانَ تَاجِرٌ يُدَايِنُ النَّاسَ ، فَإِذَا رَأَى مُعْسِرًا قَالَ لِفِتْيَانِهِ تَجَاوَزُوا عَنْهُ ، لَعَلَّ اللَّهَ أَنْ يَتَجَاوَزَ عَنَّا ، فَتَجَاوَزَ اللَّهُ عَنْهُ
Ada seorang yang berurusan memberi hutang kepada orang ramai. Apabila dia melihat orang yang susah, dia akan berkata kepada pekerjanya: Maafkanlah dia, moga-moga Allāh memaafkan kita. Lalu Allāh telah memaafkannya.
وَيُذْكَرُ عَنِ الْعَدَّاءِ بْنِ خَالِدٍ قَالَ كَتَبَ لِى النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - « هَذَا مَا اشْتَرَى مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - مِنَ الْعَدَّاءِ بْنِ خَالِدٍ ، بَيْعَ الْمُسْلِمِ الْمُسْلِمَ ، لاَ دَاءَ ، وَلاَ خِبْثَةَ ، وَلاَ غَائِلَةَ
Dari al-ʿAddāʾ bin Khālid, katanya: Rasūlullāh ṣallallāhu ʿalayhi wa sallam telah menulis kepadaku (di dalam suatu urusan penjualan)
Ini adalah apa yang telah dibeli oleh Muḥammad Rasūlullāh dari al-ʿAddāʾ bin Khālid, sebagai jualan seorang muslim kepada seorang muslim yang lain, tanpa aib, tanpa sifat keji dan tanpa ada unsur-unsur dosa.
قِيلَ لإِبْرَاهِيمَ إِنَّ بَعْضَ النَّخَّاسِينَ يُسَمِّى آرِىَّ خُرَاسَانَ وَسِجِسْتَانَ فَيَقُولُ جَاءَ أَمْسِ مِنْ خُرَاسَانَ ، جَاءَ الْيَوْمَ مِنْ سِجِسْتَانَ . فَكَرِهَهُ كَرَاهِيَةً شَدِيدَةً
Ibrāhīm al-Nakhaʿī telah ditanya: Ada sebahagian penjaja menamakan kandangnya sebagai Khurasān dan Sijistān dan (ketika manjaja) dia berkata: Binatang yang baru sampai semalam dari Khurasān, binatang yang baru sampai hari ini dari Sijistān, (apa pendapat tuan tentang perbuatan ini?) lalu beliau telah tidak menyukainya sangat-sangat.
Kata ʿUqbah bin ʿĀmir:
لاَ يَحِلُّ لاِمْرِئٍ يَبِيعُ سِلْعَةً ، يَعْلَمُ أَنَّ بِهَا دَاءً ، إِلاَّ أَخْبَرَهُ
Tidak halal bagi seorang muslim yang menjual apa jua barang yang dia mengetahui ada keaiban padanya, melainkan dia mesti memberitahunya.
Ini sekelumit dari lautan pengajaran yang boleh diambil dari Taman Nabawī. Moga Allāh menjadikan kita dari kalangan:
اَلَّذِيْنَ يَسْتَمِعُوْنَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُوْنَ أَحْسَنَهَ
Golongan yang mendengar perkataan lalu mengikut yang terbaikhubungan antara etika dan ekonomi

Selasa, 10 Mei 2011

sedutan akhlaq hamalatul quran



Bab Pada Menyatakan Sebahagian Adab Orang Yang Membaca Al-Qur’ān Yang Tidak Patut Mereka Jahil Tentangnya.
Kata Muhammad bin al-Husayn rahimahullāh: aku menyukai bagi seseorang yang ingin membaca tidak kira siang atau malam supaya bersuci dan bermiswak. Yang demikian itu adalah untuk mengagungkan al-Qur’ān.
Ini kerana seseorang yang membaca al-Qur’ān sedang membaca kalam Tuhan Azza wa Jalla. Juga malaikat akan menghampirinya ketika dia membaca al-Qur’ān. Malaikat menghampirinya, seterusnya jika dia dalam keadaan bermiswak, maka malaikat akan meletak mulutnya pada mulut si pembaca al-Qur’ān itu. Maka tiap kali dia membaca satu ayat, maka malaikat akan menyambutnya dengan mulutnya. Dan jika dia bukan dalam keadaan bermiswak, maka malaikat akan duduk jauh darinya.
Maka sewajarnya bagi kamu wahai ahli al-Qur’ān jangan melakukan sesuatu yang menyebabkan malaikat menjauhkan diri dari kamu. Maka beradablah. Tiap seorang dari kamu tentunya tidak menyukai untuk duduk di majlis bersama-sama rakan-rakannya dalam keadaan tidak bermiswak (dan berbau mulutnya).
Aku menyukai bahawa dia membanyakan membaca secara melihat pada mushaf untuk mendapat kelebihan membaca secara melihat. Tetapi tidak wajar mengangkat mushaf melainkan dalam keadaan suci. Jika dia ingin membaca tidak di dalam keadaan suci, maka tidak mengapa, akan tetapi jangan menyentuh mushaf. Bahkan hendaklah dia mengalih muka surat dengan menggunakan sesuatu[1] dan jangan menyentuh mushaf melainkan dalam keadaan suci.
Jika keluar angin, maka wajar bagi seseorang yang sedang membaca al-Qur’ān untuk memberhentikan bacaan sehingga angin habis keluar. Seterusnya, jika dia ingin berwuduk dan meneruskan bacaannya, maka ini lebih afdal. Dan jika dia meneruskan bacaannya tanpa bersuci, maka tidak mengapa.
Jika dia menguap ketika membaca, maka dia hendaklah memberhentikan bacaan sehingga selesai menguap.
Orang yang dalam keadaan berjunub, juga yang didatangi haid tidak boleh membaca
al-Qur’ān walau satu ayat, bahkan walau satu huruf. Tidak mengapa jika dia bertasbih, atau bertahmid, atau bertakbir atau azan.
Aku menyukai orang yang membaca al-Qur’ān untuk bersujud pada ayat sejadah di dalam al-Qur’ān setiap kali dia membaca ayat sejadah. Di dalam al-Qur’ān ada lima belas ayat sejadah[2]. Ada pendapat mengatakan empat belas, ada juga pendapat mengatakan ada sebelas ayat sejadah. Pendapat yang aku pilih ialah dia hendaklah bersujud tiap kali membaca ayat sejadah. Kerana dengan ini dia dapat meredakan Tuhannya Azza wa Jalla dan menyebabkan syaitan musuhnya marah.
Diriwayatkan dari Abū Hurayrah, dari Nabī sallallāhu ‘alayhi wa sallam, sabda Baginda:
إِذَا قَرَأَ ابْنُ آدَمَ السَّجْدَةَ ، فَسَجَدَ ، اعْتَزَلَ الشَّيْطَانُ يَبْكِي ، يَقُولُ : يَا وَيْلَهُ ؛ أُمِرَ ابْنُ آدَمَ بِالسُّجُودِ فَسَجَدَ ، فَلَهُ الْجَنَّةُ ، وَأُمِرْتُ بِالسُّجُودِ فَأَبَيْتُ ، فَلِي النَّارُ .
Bila mana seseorang anak adam membaca ayat sejadah lalu sujud, maka syitan akan melarikan diri dan menangis. Kata syaitan: Malangnya diriku, anak Adam diperintahkan untuk bersujud lalu mereka bersujud, maka bagi mereka syurga. Dan aku pula diperintahkan untuk bersujud lalu aku engkar, maka bagiku neraka.
Dan aku menyukai  bila mana sesorang yang mengulangi bacaannya ketika berjalan di jalanan lalu membaca ayat sejadah bahwa dia mengadap ke arah Qiblat dan bersujud dengan isyarat kepala.
Begitulah juga jika dia di dalam keadaan menaiki kenderaan, bila mana dia tersua dengan ayat sejadah, maka hendaklah dia bersujud ke arah Qiblat dengan isyarat jika yang demikian itu boleh dilakukannya.
Aku menyukai seseorang yang membaca al-Qur’ān untuk menghadapkan mukanya kearah Qiblat jika boleh. Ini kerana Nabī sallallāhu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:
خَيْرُ الْمَجَالِسِ مَا اسْتُقْبِلَ بِهِ الْقِبْلَةُ .
Sebaik-baik majlis ialah majlis yang mengadap ke arah Qiblat.
Aku menyukai seseorang yang membaca al-Qur’ān membacanya dengan rasa sedih dan menangis jika dia mampu. Jika dia tidak mampu menangis, maka hendaklah dia berusaha untuk menangis.
Aku menyukainya banyak berfikir ketika membaca al-Qur’ān dan menyelami makna apa yang dibacanya. Hendaklah dia menundukkan pandangannya dari melihat perkara yang boleh melalaikan hatinya. Kalau dia meninggalkan segala sesuatu sehingga bacaannya tamat, maka ini adalah lebih disukai. Dengan ini kefahaman akan datang dan dia tidak akan terganggu dengan sesuatu selain dari kalam Tuhannya.
Aku menyukai bila mana dia tersua dengan ayat rahmat untuk dia berdoa kepada Tuhannya Yang Maha Pemurah. Dan bila mana dia membaca ayat azab, maka hendaklah dia meminta perlindungan dari Allāh Azza wa Jalla dari neraka. Dan jika dia tersua dengan ayat yang menyucikan dari apa yang diperkatakan oleh orang-orang kafir, maka hendaklah dia bertasbih kepada Allāh ta‘ālā Yang Maha Agung dan mentakzimkanNya.
Dan jika dia membaca dan merasa mengantuk, maka hukumnya ialah dia hendaklah memberhentikan bacaan dan tidur supaya dia dapat membaca semula dalam keadaan dia faham apa yang dibacanya.
Kata Muhammad bin al-Husayn rahimahullāh: Semua gesaan yang aku tujukan kepada orang yang membaca al-Qur’ān ini adalah bersesuaian dengan al-Sunnah dan kata-kata para ‘ulamā’. Aku akan menyebut sebahagian dari apa yang terlintas di benakku dengan izin Allāh.
Hadīth 70
Al-Firyābī telah menceritakan kepada kami: Qutaybah bin Sa‘īd telah menceritakan kepada kami: al-Layth bin Sa‘ad telah menceritakan kepada kami: ‘Uqayl bin Khālid telah menceritakan kepada kami dari al-Zuhrī, katanya: Rasūlullāh sallallāhu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:
إِذَا تَسَوَّكَ أَحَدُكُمْ ، ثُمَّ قَامَ يَقْرَأُ ، طَافَ بِهِ الْمَلَكُ يَسْتَمِعُ الْقُرْآنَ حَتَّى يَجْعَلَ فَاهُ عَلَى فِيهِ ، فَلا تَخْرُجُ آيَةٌ مِنْ فِيهِ إِلا فِي فِيّ الْمَلَكِ ، وَإِذَا قَامَ يَقْرَأُ ، وَلَمْ يَتَسَوَّكْ ، طَافَ بِهِ الْمَلَكُ ، وَلَمْ يَجْعَلْ فَاهُ عَلَى فِيهِ .
Bila salah seorang dari kamu bermiswak dan bangun bersolat dan membaca al-Qur’ān, maka malaikat akan mengelilingi dan mendengar bacaannya sehingga malaikat meletakkan mulutnya pada mulut orang itu. Maka tidak akan terkeluar satu ayat pun dari mulutnya melainkan pada mulut malaikat. Dan apabila dia berdiri membaca dalam keadaan tidak bermiswak, maka malaikat akan mengelinginya dan tidak meletak mulutnya pada mulut orang itu.
Hadīth 71                                                     
Al-Firyābī telah menceritakan kepada kami: Qutaybah telah menceritakan kepada kami: Sufyān bin ‘Uyaynah telah menceritakan kepada kami dari al-Ḥasan bin ‘Ubaydullāh al-Nakha‘ī, dari Saad bin ‘Ubaydah, dari Abū Abd al-Rahmān al-Sulamī: Sesungguhnya ‘Alī memberi galakan dan menyuruh perkara ini. Yakni untuk bermiswak. Beliau berkata:
إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا قَامَ يُصَلِّي ، دَنَا الْمَلَكُ مِنْهُ ، يَسْتَمِعُ الْقُرْآنَ ، فَمَا يَزَالُ يدنو مِنْهُ حَتَّى يَضَعَ فَاهُ عَلَى فِيهِ ، فَمَا يَلْفِظُ مِنْ آيَةٍ إِلا دَخَلَتْ فِي جَوْفِهِ .
Sesungguhnya bila mana seseorang bangun  dan bersolat, maka malaikat akan menghampirinya dan mendengar bacaannya. Maka malaikat akan makin menghampirinya sehingga malaikat akan meletak mulutnya pada mulut orang itu. Maka tidaklah dia membaca satu ayat pun melainkan ianya akan masuk ke dalam badan malaikat itu.
Hadīth 72
Abū Muhammad ‘Abdullāh bin al-‘Abbās al-Tayālisī telah menceritakan kepada kami: Ishāq bin Mansūr al-Kausaj telah menceritakan kepada kami, katanya: Aku telah bertanya kepada Ahmad moga-moga Allāh meredainya: Bolehkah membaca al-Qur’ān tanpa wuduk? Beliau menjawab: Tidak mengapa, akan tetapi jangan membaca melalui mushaf kecuali seseorang yang berwuduk. Berkata Ishāq iaitu Ibn Rāhawayh: Perkara ini - seperti yang dikatakan oleh Ahmad - adalah sunnah yang diikuti.
Hadīth 73
Abū Nasr Muhammad bin Kurdī telah menceritakan kepada kami: Abū Bakr al-Marwazī rihimahullāh telah menceritakan kepada kami, katanya: Kadang kala Abū Abdullāh membaca pada mushaf tidak dalam keadaan bersuci, maka beliau tidak akan menyentuh mushaf, tetapi beliau memegang kayu kecil atau apa-apa benda lain di tangannya untuk membuka lembaran mushaf.
Hadīth 74
 ‘Abdullāh bin al-‘Abbās al-Tayālisī telah menceritakan kepada kami: al-Musyrif bin Abān telah menceritakan kepada kami: Ibn ‘Uyaynah telah menceritakan kepada kami dari Zurzur, katanya: Aku bertanya kepada ‘Atā’: Aku membaca al-Qur’ān dan keluar angin? Beliau berkata: Berhentilah membaca hingga angin habis keluar.
Hadīth 75
Abū Muhammad Yahyā bin Muhammad bin Sā‘id telah menceritakan kepada kami: al-Husayn bin al-Hasan al-Marwazī telah menceritakan kepada kami: ‘Abdullāh bin al-Mubārak telah mengkhabarkan kepada kami: ‘Uthmān bin al-Aswad telah menceritakan kepada kami dari Mujāhid, katanya:
إِذَا تَثَاءبْتَ وَأَنْتَ تَقْرَأُ ، فَأَمْسِكْ حَتَّى يَذْهَبَ عَنْكَ .
Bila engkau menguap ketika membaca al-Qur’ān, maka berhentilah sehingga menguap itu berhenti.
Hadīth76
Ahmad bin Yahyā al-Hulwānī telah mengkhabarkan kepada kami: Muhammad bin al-Sabbāh al-Daulābī telah menceritakan kepada kami: Wakī‘ telah menceritakan kepada kami: Hisyām telah menceritakan kepada kami dari bapanya, dari ‘Ā’isyah radiyallāhu‘anhā: Sesungguhnya Rasūlullāh sallallāhu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:
إِذَا نَعَسَ أَحَدُكُمْ فَلْيَرْقُدْ ، فَإِنَّ أَحَدَكُمْ يُرِيدُ أَنْ يَسْتَغْفِرَ ، فَيَسُبَّ نَفْسَهُ .
Bilamana salah seorang dari kamu mengantuk, maka hendaklah dia tidur, kerana barangkali ada seseorang dari kamu ingin meminta pengampunan lalu (kerana mengantuk) dia telah memaki diri sendiri.
Hadīth 77
Abū Qāsim ‘Abdullāh bin Muhammad bin ‘Abd al-‘Azīz telah menceritakan kepada kami: ‘Alī bin al-Ja‘ad telah menceritakan kepada kami: Syu‘bah telah menceritakan kepada kami: ‘Amr bin Murrah telah mengkhabarkan kepadaku, katanya: Aku telah mendengar ‘Abdullāh bin Salamah berkata: Aku masuk bertemu ‘Alī bin Abū Tālib  radiyallāhu‘anhu lalu beliau telah berkata:
كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لا يَحْجُبُهُ – أَوْ قَالَ لا يَحْجِزُهُ – شَيْءٌ عَنْ قِرَاءةِ الْقُرْآن ، إِلا الْجَنَابَةَ .
Tidak ada sesuatu pun yang menghalang atau menahan  Rasūlullāh sallallāhu ‘alayhi wa sallam dari membaca al-Qur’ān selain berjunub
Hadīth 78
Ahmad bin Yahyā al-Hulwānī telah mengkhabarkan kepada kami: Yahyā bin ‘Abd al-Hamīd al-Himmānī telah menceritakan kepada kami: Ismā‘īl bin ‘Ayyāsh telah menceritakan kepada kami dari Mūsā bin ‘Uqbah, dari Nāfi‘, dari Ibn ‘Umar bahawa sesungguhnya Rasūlullāh sallallāhu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:
لا يَقْرَأُ الْجُنُبُ ، وَلا الْحَائِضُ شَيْئَاً مِنْ الْقُرْآنِ .
Orang yang dalam keadaan berjunub dan yang didatangi haid tidak boleh membaca sedikit pun dari al-Qur’ān.
Kata Muhammad bin al-Husayn: Wajar sekali bagi ahli al-Qur’ān untuk berpegang kepada adab yang telah kami sebutkan ini dan jangan lalai darinya.
Seterusnya bila mereka selesai dari membaca al-Qur’ān, maka mereka hendaklah mengambil berat untuk bermuhasabah diri. Dari muhasabah ini jika ternyata mereka telah menerima dan akur kepada apa yang Tuhan mereka Yang Maha Permurah anjurkan di dalam kitabNya dari perkara-perkara yang wajib untuk mereka laksanakan iaitu menunaikan yang wajib dan menghindari segala yang diharamkan olehNya, maka hendaklah mereka memujiNya atas yang demikian itu dan berterima kasih kepada Allāh Azza wa Jalla atas taufik yang telah dianugerahkan kepadanya olehNya.
Dan jika mereka mendapati bahawa diri mereka masih lagi berpaling dan tidak endah atas perkara-perkara yang Tuhan Yang Maha Permurah anjurkan, maka hendaklah mereka meminta keampunan dari Allāh ‘Azza wa Jalla atas kecuaian ini dan memohon kepadaNya supaya Dia memindahkan mereka dari keadaan yang tidak wajar bagi ahli al-Qur’ān ini yang tidak diredai oleh Tuhan mereka kepada keadaan yang diredaiNya. Kerana Allāh tidak membiarkan seseorang yang bersandar (dan bergantung harap) kepadaNya berputus asa.
Sesiapa yang bersifat seperti ini akan memperoleh faedah dari pembacaan al-Qur’ānnya di dalam setiap keadaan dan segala keberkatan al-Qur’ān di dunia dan di akhirat yang disukainya akan diraih olehnya dengan izin Allāh.
Hadīth 79
Abū Muhammad Yahyā bin Muhammad telah menceritakan kepada kami, katanya: al-Husayn bin al-al-Hasan al-Marwazī telah menceritakan kepada kami: Abdullāh bin al-Mubārak terlah menceritakan kepada kami, katanya: Hammām telah mengkhabarkan kepada kami dari Qatādah, kata beliau:
Tidaklah seseorang mendampingi al-Qur’ān ini (dan membacanya) melainkan dia akan beredar (dan menyudahi bacaannya) dengan kekurangan atau sebaliknya[3] (ini adalah) suatu ketetapan  Allāh Azza wa Jalla yang telah ditentukanNya (bahawa al-Qur’ān ini) adalah penawar bagi orang beriman dan tidak menambahkan bagi orang kafir (sesuatu) selain kerugian[4].
Hadīth 80
Ibrāhīm bin Mūsā al-Khūzī telah mengkhabarkan kepada kami: Yūsuf bin Mūsā al-Qattān telah menceritakan kepada kami: ‘Amr bin Humrān telah menceritakan kepada kami dari Sa‘īd, dari Qatādah di dalam menafsirkan firman Allāh ‘Azza wa Jalla[5]:
Kata Qatādah:
البَلَدُ الطَيبُ : الْمُؤْمِنُ سَمِعَ كِتابَ اللهِ ، فَوعاهُ وَأَخَذَ بِهِ وَاِنتَفَعَ بِهِ ؛ كَمَثَلِ هَذِهِ الأََرْضِ أَصَابَهَا الْغَيْثُ ، فَأَنبَتَتْ وَأَمرَعَتْ ، « وَالَّذِي خَبُثَ لا يَخْرُجُ إِلا نَكِدَاً » أَيْ إِلا عَسِرَاً ، فَهَذَا مَثَلُ الْكَافِرِ قَدْ سَمِعَ الْقُرْآنَ ، فَلَمْ يَعْقِلْهُ ، وَلَمْ يَأْخُذْ بِهِ ، وَلَمْ يَنْتَفِعْ بِهِ ، كَمَثَلِ هَذِهِ الأَرْضِ الْخَبِيثَةِ أَصَابَهَا الْغَيْثُ ، فَلَمْ تُنْبِتْ شَيْئَاً ، وَلَمْ تَمْرَعْ شَيْئَاً .
Tanah yang baik ialah orang beriman yang mendengar kitab Allāh lalu menjaganya dan beramal dengannya dan mengambil faedah darinya. Seumpama tanah yang ditimpa hujan lalu menumbuhkan tumbuhan dan menjadi subur.
Tanah yang tidak subur ialah perumpamaan bagi orang kafir yang mendengar al-Qur’ān lalu tidak mengambil pengajarannya dan tidak mengambil apa jua faedah darinya. Seumpama hujan yang menimpa sebidang tanah dan yang tidak subur dan tidak menumbuhkan sesuatu dan tidak menyuburkannya.
Dan tanah yang tidak subur, tidak tumbuh tumbuhannya kecuali dengan susah payah. Ini adalah perumpamaan bagi orang kafir yang telah mendengar al-Qur’ān dan tidak memahaminya, tidak mengambil (pengajaran)nya dan tidak mendapat apa jua menafaat darinya. Sama seperti tanah yang tidak subur yang ditimpa hujan, yang tidak menumbuhkan tumbuhan dan tidak menyuburkan.


[1] Ini pendapat pengarang dan beberapa ulamā’ yang lain seperti ulamā’ Hanafiyyah dan Hanābilah. Di dalan kitab Fiqh Hanafī (Radd al-Muhtār Jilid 2 m/s 4):
قوله ( وحل قلبه بعود ) أي تقليب أوراق المصحف بعود ونحوه لعدم صدق المس عليه .
Harus membalikkan muka surah Mushaf dengan menggunakan batang kayu dan seumpamanya, kerana ini tidak dinamakan menyentuh Mushaf. Dan di dalam Fiqh Hanbali: (Kasysyāf al-Qinā‘ An Matan Al-Iqnā‘ jilid 1 m/s 378):
( و ) له ( تصفحه ) أي تصفح المصحف ( بكمه أو ) بـ ( عود ونحوه ) كخرقة وخشبة ؛ لأنه غير ماس له .
Harus bagi seseorang yang berhadath kecil mengalihkan lembaran Mushaf dengan lengan bajunya atau batang kayu atau benda seumpamanya seperti perca kain dan kayu kerana dia bukan menyentuh Mushaf dengan melakukan perkara-perkara ini.
Dalam pada itu, sebahagian ulamā’ lain berpendapat, selain menyentuh, menanggung Mushaf juga tidak harus. Ini kerana menanggung adalah lebih berat hukumnya dari menyentuh, jadi ia lebih layak untuk tidak dibenarkan. Lihat: Tuhfah al-Muhtāj, jilid 1, m/s 26. Mengikut pendapat ini membalikan lembaran Mushaf adalah tidak dibenarkan, kerana ia adalah menanggung sesuatu yang menanggung Mushaf.
Nukilan dari kitab fiqh Mālikī: (Mawahib al-Jalil, jilid 2, m/s 435):
قال ابن عرفة الشيخ عن ابن بكير : ولا يقلب ورقه بعود ولا بغيره .
Jangan membalikan lembaran Mushaf dengan batang kayu, juga dengan benda lain. Nukilah dari Fiqh Syāfi‘ī:  (Rawdah al-Tālibīn, jilid 1, m/s 26)
ولو قلب أوراقه بعود حرم على الأصح .
Haram jika (orang yang berhadath) membalikkan lembaran-lembaran Mushaf dengan kayu atas pendapat yang paling sahih. Ada nukilan dari ulamā’ Iraqiyyin yang mengatakannya sebagai harus. Lihat Minhāj al-Tālibīn karangan al-Imām al-Nawāwī. Allāhu a‘lam.
[2] Ini atas pendapat al-Imam Ahmad bin Hanbal. Pada pendapat beliau di dalam Sūrah al-Hajj ada dua ayat sejadah dan beliau mensabitkan juga sejadah di dalam Sūrah Sād. Dalam pada al-Imam Abū Hanīfah dan al-Imām al-Syāfi‘ī menganggap hanya ada empat belas ayat sejadah. Akan tetapi al-Imām al-Syāfi‘ī menafikan ayat sejadah di dalam Sūrah Sād dan mensabitkan dua sejadah di dalam Sūrah al-Hajj. Dan al-Imam Abū Hanīfah menafikan sejadah kedua di dalam Sūrah al-Hajj, tetapi mensabitkan sejadah di dalam Sūrah Sād.
Al-Imām Mālik pula menafikan sejadah di dalam Sūrah-sūrah Mufassal yang menyebabkan ayat sejadah pada pendapat beliau adalah sebelas sahaja. Lihat kitab-kitab khilafiyyah.
[3] Yakni bacaannya akan dinilai menerusi amalannya, samada lengkap amalannya atau tidak.
[4] Petikan dari Sūrah al-’Isrā’ ayat 82.