Jumaat, 25 Februari 2011

akhlak pendukung al-Quran

Dia sangat sedikit terlibat di dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah. Dia sangat takutkan bencana yang datang dari lidahnya lebih dari rasa takutnya kepada musuhnya. Dia mengikat lidahnya seperti dia mengurung suatu yang dimusuhi. Segala ini dilakukan demi untuk menyelamatkan dirinya dari kejahatan lidah dan akibat yang buruk dari lidahnya.
Sangat sedikit ketawa walau pun barang kali perkara itu akan menyebabkan orang lain tertawa. Ini kerana takutkan akibat buruk dari ketawa. Dia hanya tersenyum jika dia bergembira tentang sesuatu yang tidak bertentangan dengan yang ugama.
Dia tidak suka bergurau kerana takutkan gurauan ini membawa lalai. Dan jika dia bergurau pun, dia hanya akan berkata perkara yang benar sahaja.

Selasa, 22 Februari 2011

nikmat kesehatan dan kelapangan masa

باب ما جاء فى أن الصحة والفراغ نعمتان مغبون فيهما كثير من الناس
Bab (Kesehatan Dan Kelapangan Masa Adalah Dua Nikmat Yang Kebanyakan Manusia Mendapat Rugi Kerananya)

عن ابن عباس قال قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم- نعمتان مغبون فيهما كثير من الناس الصحة والفراغ
(Terjemahan Hadīth)
Dari Ibn ‘Abbās, katanya: Telah bersabda Rasūlullāh : Dua nikmat yang kebanyakan manusia kerugian tentangnya, iaitu: kesehatan dan kelapangan masa.
Huraian:
Makna hadīh ini ialah: Ramai manusia tidak mengetahui nilai kedua-dua nikmat ini, lantaran itu mereka tidak berusaha mengambil kesempatan dari kedua-dua nikmat ini untuk memperbanyakkan amal sebagai mancari kecukupan bekalan yang perlu untuk akhirat masing-masing. Ini menyebabkan mereka ketika dipenghujung umur merasa menyesal kerana telah mempersia-siakan umur masing-masing, akan tetapi penyesalan di waktu itu tidak mendatangkan apa-apa keuntungan.
Salah satu nama hari kiamat seperti yang telah Allāh firmankan di dalam al-Qur’āan ialah Yaum al-Taghābun (Hari Kerugian) lihat Sūrah al-Taghābun, ayat 9.
Sabda Baginda : Ahli-ahli syurga tidak akan menyesal suatu apa pun melainkan saat-saat di dunia ini yang telah berlalu tanpa mengingati Allāh.
Di dalam Hāsyiyahnya al-Sayūtī telah menukilkan dari para ‘ulamā’: Makna hadīth ini ialah: Seseorang itu tidak mampu melakukan perbuatan taat melainkan dia mempunyai harta yang cukup dan mempunyai kesehatan tubuh badan. Ini kerana seseorang itu kadang kala ada kecukupan dari segi harta benda tetapi tidak cukup sehat (maka keadaannya yang tidak sehat ini akan menyebabkan dia tidak dapat beramal dengan giat) Ada pula yang sehat, tetapi tidak mempunyai harta yang cukup, maka orang yang seperti ini juga tidak dapat melapangkan diri untuk mencari bekalan ilmu dan amalan kerana terlalu sibuk berusaha mencari rezki. Jadi, sesiapa yang mempunyai kedua-duanya, akan tetapi tidak giat beramal dan bermalas-malasan, maka dialah orang yang layak bergelar seorang yang rugi. (bankrap, muflis dan lain-lain perkataan seerti)
(Huraian diadptasi dari Tuhfah al-Ahwadhī karangan al-Mubarakfūrī)
demi masa

SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN DARUL ULOOM AL-HILMIAH.

Maahad Tahfiz dan Uloom Diniah ini telah wujud sejak tahun 1990 dengan bermulanya kelas Tahfiz bahagian lelaki dan secara berperingkat, kelas dan aliran pengajian telah bertambah dan kini Maahad mempunyai 3 kelas Tahfiz lelaki,4 kelas Tahfiz perempuan,2 kelas Uloom Diniah lelaki,5 kelas Uloom Diniah perempuan dan kini Maahad mengelolakan pengajian hampir 200 orang pelajar dari segenap pelusuk negeri,bahkan terdapat juga beberapa orang pelajar dari negara jiran.Segala pujian milik Allah-lah hendaknya.

Isnin, 21 Februari 2011

DORONGAN DAN RANGSANGAN UNTUK MENUNTUT ILMU .

 Firman Allah [s.w.t] :  
يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آَمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ

Sesungguhnya Allah s.w.t meninggikan darjat orang-orang yang beriman daripada kalangan kamu, dan dia menaikkan darjat orang-orang yang berilmu lebih tinggi beberapa darjat

[QS 58:11 ]